EROPAH 6 NEGARA

FRANCE > SWISS > GERMANY > NEDERLAND > BELGIUM > UK


Berkelana dengan konsep Guided Self Drive (peserta pandu sendiri kereta dan di bantu urus oleh Pengurus Trip Tripkekawan) di 6 negara Eropah Barat (France, Swiss, Germany, Nederland, Belgium, UK). Hampir 2 minggu semasa musim bunga dengan cuaca menarik serta melihat keindahan alam Allah di Eropah, jalan yang cantik, sejarah , monument dan kemajuan negara Eropah barat dengan kebebasan pemanduan sendiri.


APA YANG MENARIK & UNIK DALAM TRIP INI?


·         Pengalaman memandu di jalan Eropah yang indah, pemandu berdisiplin & berkualiti tinggi

·         Menikmati keindahan alam semasa musim bunga dan cuaca selesa macam dalam air-cond.

·         Melihat tempat-tempat popular di Negara Eropah dan sejarahnya

·         Melawat muzium utama & popular di Eropah

·         Boleh shopping barangan berjenama pada kos yang lebih murah berbanding di Malaysia

·         Pengalaman memasak, solat berjemaah dengan peserta trip ini

·         Ziarah masjid dan bersama muslim di Eropah dan mengenali mereka.


TARIKH TRIP


  • JUN 24 - 1 JULAI 2018



KOS  (GROUND)

  • RM3950 seorang (dewasa & atas 2 tahun)
  • PERCUMA untuk bayi (bawah 2 tahun semasa bermula trip)
  • Harga berdasarkan kongsi 4 orang per kereta, atau 7-8 orang per van.

KOS TERMASUK
  • Penginapan Hotel bajet / apartment (twin/triple sharing)
  • Kenderaan sewa (kereta Ford Focus Manual atau setarafnya, kongsi 4 org per kereta. Atau Van 8 seater manual Merc Vito atau sekelasnya, kongsi 7-8 org per van)
  • Insurans Basic utk kenderaan sewa 
  • Feri atau EUROTUNNEL ke UK (pergi balik)
  • Sewa GPS dan buku panduan trip kami
  • Pengurusan Trip & Koordinasinya
  • Pengurus Trip bersama dalam kumpulan

Harga TIDAK termasuk

  • Tiket penerbangan ke PARIS CDG Airport (mula dan habis di sini)
  • Refundable Security Deposit kenderaan (semasa nak ambil kenderaan)
  • Upgrade ke Full Insurance Coverage utk kenderaan
  • Makan minum (guide akan bawa/tunjuk tempat makanan halal)
  • Tiket masuk ke attractions dan kos aktiviti
  • Kos minyak, parking, tol kenderaan (share dengan rakan kenderaan di sana)
  • Lain-lain kos persendirian


BERMINAT JOIN? 

Untuk daftar & join trip ini, ada 2 cara (pilih salah satu) 
  • klik di DAFTAR SINI (akan ke webpage lain untuk daftar online, dan ikut arahan)
  • atau, email kami info anda (NAMA, ALAMAT, NO TEL dan LOKASI TRIP & TARIKH) ke tripkekawan@yahoo.com 
Pendaftaran booking ialah RM200/orang (non refundable) dan baki bayaran trip 90 hari sebelum trip bermula.

PERLU INFO LANJUT?

Jika perlukan maklumat tambahan berkenaan trip yang tiada di dalam blog ini, sila emailkan kami di tripkekawan@yahoo.com 









ITINERARI



HARI 1.  PARIS > SWISS ALPS (LAUTERBRUNNEN)

Awal pagi (7am) berjumpa di Airport CDG Paris. Taklimat dan proses collect kenderaan.  Perjalanan ke Switzerland melalui highway bertol Perancis dan memasuki Swiss. Selepas melepasi border Swiss, terus jalan Pergunungan Alps yang cantik serta gunung ganang.

(NOTA : Jika penerbangan peserta tiba lebih awal, kami boleh bantu uruskan penginapan (kos tambahan) untuk malam tersebut beserta pengangkutan dari penginapan ke airport. )




HARI 2.  LAUTERBRUNNEN

Aktiviti bebas.
Peserta boleh naik ke Jungfrau (puncak tertinggi di Eropah) dan main salji – naik tren. Atau ke Murren menaiki kereta kabel dan tren. Atau boleh berehat di sekitar kawasan pergunungan ini.




HARI 3.  LAUTERBRUNNEN > METZINGEN > STUTTGART

Awal pagi bergerak masuk ke Germany untuk ke Factory Outlet Metzingan (antara terbesar di Eropah). Kemudian ke Stuttgart. Aktiviti bebas. (Boleh melawat muzium Porsche, muzium Mercedes Benz, atau membeli belah minyak wangi dan cenderahati di sekitar stesen keretapi.)




HARI 4.  STUTTGART > SINSHEIM > MANNHEIM

Bergerak ke Sinsheim Auto Technik Museum (antara muzium teknologi, automotif, permotoran, penerbangan dan alat perang yang terbesar koleksi di Eropah). Atau boleh ronda lagi sekitar Stuttgart. Bermalam di Mannheim.




HARI 5. MANNHEIM > LUXEMBOURG > AMSTERDAM

Bergerak ke ibu Negara Luxembourg. Antara tarikan ialah istana lama, melawat kilang & factory outley porcelain Villeroy & Boch (jenama premium terkenal di Eropah). Aktiviti bebas.  Petang bergerak masuk ke Nederland dan tidur sini (Amsterdam).




HARI 6.   AMSTERDAM > BELGIUM

Lihat kincir-kincir angin di Zaans Schans dan kemudian teruskan perjalanan ke perkampungan nelayan di Volendam. Boleh juga masuk ke Amsterdam dan naik kapal cruise dan Madamme Tussauds Wax Museum. Kemudian memasuki Belgium. Ke Brugge dan bandar lama ini ada river cruise serta pembuatan coklat Belgium. Boleh melihat proses pembuatannya.




HARI 7.  BELGIUM > UNITED KINGDOM

Akan ke Calais atau Dunkirk untuk menaiki feri memasuki UK. Selepas imigresen, akan ke Asford Factory Outlet. Kemudian bermalam berdekatan atau di pinggir sebelum London.




HARI 8.  UNITED KINGDOM

Boleh ke London pada awal pagi. Aktiviti bebas. Boleh lihat Buckingham Palace, Big Ben, London Tower Bridge, Madamme Tussauds Wax Museum London menaiki tren & bas. Lewat petang bergerak ke Folkestone.




HARI 9.    UNITED KINGDOM > PARIS

Awal pagi menaiki feri kembali ke Paris. Tiba di Paris, aktiviti bebas. Eifel Tower, Champ De Ellysse, Louvre Museum dan lain-lain tarikan yang banyak di sini. 6pm Trip Selesai.



TRIP SELESAI / TAMAT 





Popular Posts