ITALI, SWISS & AUSTRIAN ALPS (TRIP PREMIUM)



TRIP PREMIUM : Trip kumpulan kecil, 2-3 van sahaja per trip. 6-7 peserta per van dengan seorang pemandu persendirian muslim setiap van. Bergerak dengan van 8 seater dalam kelana ini.

Trip ini amat sesuai jika anda minat melihat pemandangan indah pergunungan, di uruskan oleh seorang pengurus tripkekawan yang bersama dalam trip ini. Akan melalui jalan-jalan pergunungan yang dinobatkan antara jalan-jalan tercantik di benua Eropah dan juga di dunia oleh pemandu kereta, editor majalah kereta & motosikal serta bikers dari seluruh dunia.

Memandu di Stelvio Pass (Itali), Furka Pass (Swiss), Fluelapass (Swiss), Hahntennjoch Strasse (Austria) dan beberapa pass lagi yang dinobatkan antara jalan2 terindah di Eropah.

Juga akan ke lokasi menarik seperti Venice, Rome (Italy), Swiss Alps seperti di Lauterbrunnen & Interlaken, dan bandar Milan sendiri. Tambahan... berpeluang memandu sendiri supercar Ferrari, Lamborghini dan Maserati di Maranello insyaAllah.

"Exclusive visit" juga boleh juga di uruskan jika ada permintaan awal seperti lawatan ke muzium & kilang Ducati, Ferrari, Lamborghini dan Pagani. insyaALlah.

APA YANG MENARIK DALAM TRIP INI?

  • Melalui jalan pergunungan yang terpilih antara tercantik di benua Eropah dan di dunia.
  • Melawat kawasan pelancongan lain seperti Milan, Venice, Lake Como, Swiss Alps. 
  • Melawat muzium & kilang Ferrari, Lamborghini, Ducati, Pagani.
  • Berpeluang memandu supercar seperti Ferrari, Lamborghini dan/atau Maserati di jalanraya Modena Itali .
  • Melihat & membeli buahan segar (anggur, ceri, plum, aprikot) Itali di daerah Modena & sekitar (kerana masa ni waktu memetik buahan2).


TARIKH TRIP

  • Ogos 2 - 11, 2018 (musim panas, suhu 15-25c) TUTUP
  • 16 - 22 September, 2019 (musim panas, suhu 10-25c) 


KENAPA TARIKH INI SAHAJA?

Kerana jalan pergunungan hanya buka waktu musim panas sahaja (Jul-Sept) ; iaitu tarikh yang kami pilih. Sebab waktu lain, jalan tutup sebab salji tebal atau kurang sesuai/bahaya.  Dan masa ni juga musim buah-buahan segar tempatan biasanya baru dipetik dan dijual kepada awam di tepi jalan dan di depan rumah mereka.

KOS GROUND (TRIP PREMIUM) 

  • RM6850/orang (umur 7 tahun ke atas)
  • RM5850/orang (umur 2-6 tahun, sharing bed dengan ibu/bapa)

KOS TERMASUK
  • Kenderaan Van 8 seater (6-7 peserta per van)
  • Pemandu van persendirian 
  • Penginapan hotel/motel/homestay
  • Guide muslim dalam trip
  • Kos perjalanan van (Minyak, Tol, Parking, Cross Border Charges)


KOS TAK MASUK
  • Flight international ke Milan Malpensa (mula dan habis trip di sini)
  • Makan minum (guide akan bawa ke kedai halal, dan sebahagian penginapan kita boleh masak)
  • kos persendirian lain


BAJET SEMUA?

dalam RM10-12K seorang (flight + ground + makan minum + minyak tol parking dan lain-lain)



PERJALANAN TRIP

Hari 1 : Milan (jumpa di Milan Malpensa Airport)
Hari 2 : Milan > Maranello
Hari 3 : Maranello > Rome
Hari 4 : Rome
Hari 5 : Rome > Venice
Hari 6 : Venice > Bormio > Stelvio Pass
Hari 7 : Stelvio > Susch > Hahntennjoch Pass > Steeg > Vaduz
Hari 8 : Vaduz > Interlaken
Hari 9 : Interlaken & Lauterbrunnen
Hari 10 : Interlaken > Milan

BERMINAT JOIN? 

Untuk daftar & join trip ini, ada 2 cara (pilih salah satu) 
Pendaftaran booking ialah RM200/orang (non refundable) dan baki bayaran trip 90 hari sebelum trip bermula.

PERLU INFO LANJUT?

Jika perlukan maklumat tambahan berkenaan trip yang tiada di dalam blog ini, sila emailkan kami di tripkekawan@yahoo.com 

FURKA PASS. Swiss Alps jalan yang indah bersambung dengan Italian Alps

Pemandangan indah ALps sepanjang perjalanan insyaALlah.

MARANELLO : melawat dan menginap di bandar Ferrari ini di Itali. 

PANDU SENDIRI FERRARI juga model lain seperti Lamborghini, Maserati dengan kos tambahan di jalanan Maranello.

LAWATAN EKSKLUSIF : juga berpeluang melawat kilang Ferrari, Lamborghini, Ducati 

BELI BUAHAN SEGAR. Masa ni musim buah-buahan segar. Boleh beli di tepi jalan dan di kedai-kedai tempatan dari ladang mereka. 

STELVIO PASS di waktu Subuh. 

FLUELAPASS. Antara jalanraya Alps Swiss yang tertinggi di wilayah ini.

VENICE. Juga antara bandar popular yang akan di lawati dalam kelana ini

SWISS ALPS yang indah dan akan kita lalui untuk beberapa hari insyaALlah.
ROME. Kota lama Rome juga akan di lawati dan melihat tinggalan kegemilangan empayar Rome yang wujud lebih 1500 tahun dahulu. 

Popular Posts