ICELAND 4X4 & DENMARK



Pengembaraan ke bumi Allah bernama ICELAND dengan KENDERAAN PACUAN 4 roda, dan singgah ronda di Copenhagen DENMARK

Iceland ini popular dengan kecantikan muka bumi nya, aktiviti memburu aurora dan keunikan muka bumi yang agak berbeza dari bumi Scandinavia yang lain. InsyaAllah kita akan bersama meneroka laluan 4x4 dan tidak berturap dalam mencari pengalaman dan lokasi yang unik dan berbeza.

NOTA PENTING UNTUK BAKAL PESERTA. Seperti kebanyakan trip kami yang lain, ini adalah konsep "KEMBARA" dan bukan trip jalan-jalan biasa biasa. Anda adalah PENGEMBARA, bukan PELANCONG (TOURIST). 

Ada sebahagian lokasi, peserta perlu berjalan kaki atau hiking dalam 3-5km. Sifat kerjasama, bantu membantu, tolerasi, kesabaran dan keredhaan amat diperlukan dalam kembara ini. 



video trailer TRIP ICELAND 4x4 ini

TARIKH
19 AUG - 29 AUG 2020 TANGGUH
17 FEB - 27 FEB 2021
1 NOV - 11 NOV 2021 

ITINERARI (11H9M)
HARI 1 : Penerbangan EMIRATES dari KLIA pada 240am ke Copenhagen (CPH) airport. Jangka tiba CPH pada 115pm. Free & Easy di Copenhagen.

HARI 2 : Free & Easy di Copenhagen. 1035pm penerbangan Icelandair ke Reykjavik. 

HARI 3: ke Thingvellir National Park , Strokkur Geyser , Gullfoss Falls, Landmannalaugar & Selfos.

HARI 4 : ke Skogafoss Waterfall, Dyrholaey , Sakffatafell National Park dan Hofn.


HARI 5 : ke Egilsstaoir, Deltifoss dan Husavik.

HARI 6 : ke Lake Myvatn, Akuveyri. 

HARI 7 : ke Blue Lagoon

HARI 8 : kembali ke Reyjavik. Free & Easy.

HARI 9 : petang ke airport untuk penerbangan ke CPH pada 655pm. Jangka tiba CPH airport pada 1155pm. 

HARI 10 : ke CPH airport kembali untuk penerbangan ke KLIA pada 335pm. 

HARI 11 : jangka tiba KLIA 225pm. 

KENDERAAN. Kita akan gunakan 4x4 sewa semasa di ICELAND. konsep PANDU SENDIRI atau DENGAN PEMANDU. 4 orang per kenderaan. 4-5 kenderaan per trip. untuk Pandu Sendiri, Peserta akan bergilir pandu. ada perjalanan yang jalan tidak berturap dan ke lokasi yang agak terpencil. 

PENGINAPAN. ada guesthouse, cabin, homestay, apartment dan hotel bajet. Ada tandas di dalam bilik, dan ada kongsi di luar bilik. sebahagian besar penginapan ada tempat memasak. 

MEMBURU CAHAYA AURORA BOREALIS. Antara aktiviti utama ialah memburu cahaya indah ciptaan Allah ini pada malam hari insyaAllah. 

REYKJAVIK. Bandar utama di ICELAND dan juga kita bermula dan habis trip ICELAND di sini.

LAKE MYVATN. Tasik indah ini wujud asbab dari letusan aktiviti gunung berapi. Ia dikatakan wujud sejak 2300 tahun lalu.  

SELFOS. ini antara air terjun indah di daerah Selfos ini. Iceland mempunyai banyak air terjun indah dan sungai serta formasi batuan yang unik. Subhanallah 

SKAFFTAFEL NATIONAL PARK. Keindahan national park ini juga insyaAllah kita akan teroka bersama. 



SKAFFTAFEL ICE CAVE & GLACIER. Kecantikan dan keunikan glacier ini tertakluk kepada keadaan cuaca dan suhu, terletak di dalam kawasan Skafftafel National Park. 

SKOGAFOSS WATERFALL. sebuah lagi air terjun yang indah dan tinggi di negara Iceland ini. 

STROKKUR GEYSER. ia letusan air panas, meletus setiap 6-10 minit sekali. Ia dikatakan wujud sejak tahun 1789 asbab ada gempa bumi di kawasan ini. 

THINGVELLIR NATIONAL PARK. Taman negara ini dirasmikan pada 1930. daerah ini juga mempunyai parlimen mereka yang pertama pada tahun 930M. Ia juga sekarang adalah World Heritage Site. 

LANDMANNALAUGAR. terletak di Fjallabak Nature Reserve, ia juga di kenali sebagai "Highlands of Iceland". Ia dipercayai wujud oleh aktiviti gempa bumi pada tahun 1477masihi .
DETTIFOSS WATERFALL. ini adalah air terjun KEDUA TERKUAT (most powerful) di bumi Eropah, dengan kelebaran 100m , dan ketinggian 44m, dengan jumlah air 193meter padu sesaat. 



BLUE LAGOON. kolam air panas mandi untuk awam ini adalah buatan manusia dan airnya di salurkan dari janakuasa geothermal Svartsengi. Suhu air sekitar 37-39c. Kawasan ini bermula pada tahun 1981, dan pada 1992, ia telah di komersilkan. 

DYRHOLAEY PENINSULA. dalam bahasa Iceland, ia bermakna "door hill island" dalam bahasa Inggeris. Ia asalnya bermula dari aktiviti letusan gunung berapi dan ketinggian batu ini sekitar 120 meter. 

GULLFOSS FALL. sebuah lagi air terjun cantik bertingkat dalam perjalanan kita ini. Tinggi 32meter dengan 2 tingkat tinggi. 


HARGA
dari RM5250 seorang (ground Pandu Sendiri)

dari RM9550 seorang (ground Pandu Sendiri + tiket flight)

dari RM11,650 seorang (ground + pemandu + tiket flight)

HARGA TERMASUK
Penginapan (Guesthouse, homestay, apartment, hotel)

Kenderaan 4x4 sewa 

Guide Muslim Melayu tripkekawan dalam trip

Pemandu Muslim Tripkekawan (untuk yang ambil opsyen ini)

Tiket penerbangan (untuk yang ambil opsyen ini)

Taklimat persediaan 3-4 minggu sebelum trip

KOS SENDIRI SEMASA TRIP
Tiket Penerbangan (jika beli tiket sendiri)


Makan Minum (Guide akan bawa ke kedai halal, atau boleh memasak di penginapan)

Kos perjalanan (minyak kenderaan, tol, parking)

Fee masuk /aktiviti dan Kos persendirian lain. 


DAFTAR TRIP 

1. KLIK DI LINK WHATSAPP di bawah,

whatsapp http://www.wasap.my/+60138085868/iceland (Sdr Muaz)
whatsapp http://www.wasap.my/+60176865868/iceland (Pn Fieza)

berikan maklumat anda (Nama Penuh, Tarikh Berminat, Berapa Orang nak join)


2. Buat bayaran booking online RM1000 seorang.

3. Bayaran baki penuh, 3 bulan sebelum trip bermula beserta salinan Passport. 

4. Kami berikan online taklimat dan persediaan sebelum trip.

5. Jumpa di KLIA dan penerbangan bersama ke COPENHAGEN airport untuk bermula pengalaman. insyaAllah


NOTA
Harga, tarikh, itinerari dan tiket penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan.





Popular Posts