PERU 4X4. AMERIKA SELATAN


KEMBARA 4X4 di PERU, melihat dan teroka kawasan bersejarah lebih 1000 tahun, padang pasir, tasik tertinggi di dunia dan mengambil ibrah di beberapa kawasan pergunungan tercantik di bumi Amerika Selatan ini.

NOTA UNTUK BAKAL PESERTA.
Konsep trip ini ialah KEMBARA 4X4 PANDU SENDIRI (Guided Self Drive) dan ada melibatkan beberapa lokasi yang perlu berjalan "hiking" dalam 3-4km. 

Oleh itu, peserta hendaklah mempunyai fizikal yang sihat dan "fit" boleh hiking, sifat kerjasama, toleransi, sabar, tawakkal yang tinggi serta bersedia untuk berjemaah membantu dan menghadapi cabaran dan dugaan yang bakal mendatang.  

TARIKH TRIP
6 DIS - 23 DIS 2020

ITINERARI (18H14M)

HARI 1 : Penerbangan 1150pm. KLIA ke LIMA Peru. 

HARI 2 : jangka tiba LIMA Airport pada 7pm. rehat di Lima.

HARI 3 : Lima

HARI 4 : Lima ke Paracas National Reserve Park.

HARI 5 : ke Huacachina Desert & Oasis 

HARI 6 : ke Colca Canyon

HARI 7 : ke Cusco

HARI 8 : ke Maras, Moray dan Machu Pichu Site

HARI 9 : Machu Pichu


HARI 10 : kembali ke Cusco

HARI 11 : ke Lake Titicaca

HARI 12 : Lake Titicaca

HARI 13 : ke Arequipa


HARI 14 : ke Ica

HARI 15 : kembali ke kota Lima

HARI 16 : ronda Lima. petang ke airport untuk penerbangan pulang pada 9pm. (penerbangan 29 jam + transit 5 jam)

HARI 18 : tiba KLIA 350pm. InsyaAllah. 


KEMBARA 4x4. Peserta akan bersama memandu sendiri bergilir-gilir sepanjang perjalanan kembara ini merentasi lokasi yang tidak semua "tourist" pergi. kita merentasi kawasan "rare" dan unik insyaAllah.  3-4 kenderaan per trip (4 orang per kenderaan). dalam 12-16 orang peserta sahaja per trip. 

PENGINAPAN. ada homestay, guesthouse, bajet hotel/motel. tandas ada di dalam bilik, ada yang berkongsi di luar bilik. insyaAllah kita akan cuba pilih yang unik dan selesa.


PARACAS NATIONAL PARK. kawasan tepi laut yang menjadi tarikan pelancong luar dan tempatan kerana kecantikan semulajadi nya. 

MORAY ARKEOLOGI. dikatakan dari kaum INCA lebih 700 tahun dulu, lokasi terletak di tepian gunung tinggi lebih 2400m atas aras laut. 

MARAS LADANG GARAM. Keunikan pembuatan garam asli di kawasan pergunungan di Maras. 

MACHU PICCHU. lokasi arkeologi penempatan kaum INCA lama yang amat popular serata dunia. Terletak di lereng gunung pada ketinggian lebih 2400meter atas aras laut. 

TASIK TITICACA: tasik TERTINGGI DI DUNIA, pada ketinggian 3812m atas aras laut. dikatakan pernah ada kota kerajaan/kaum Tiwanaku pada lebih 1500 tahun dulu, yang telah tenggelam di dasar tasik ini. 

LIMA: ibu negara Peru, Amerika Selatan yang terletak di tepi Lautan Pasifik Selatan (South Pacific Ocean). 

AKTIVITI PADANG PASIR: di Huacachina. 4x4 padang pasir, snow-boarding dan main pasir halus bewarna kuning keemasan. 

HIKING: peserta kena hiking sekitar 3-4km untuk sampai ke sebahagian lokasi yang telah di rancangkan. 


COLCA CANYON: juga antara lokasi pergunungan dan lembah yang cantik dan menarik insyaAllah.  

CUSCO: antara bandar transit indah dengan binaan Sepanyol lama berlatarbelakangkan pergunungan indah. 


HARGA

dari RM6250 seorang (ground)
dari RM13,750 seorang (ground + tiket flight)

HARGA TERMASUK
Penginapan (Guesthouse, homestay, apartment, hotel)

Kenderaan 4x4 sewa (transmisi auto/manual)

Guide Muslim Melayu tripkekawan dalam trip

Tiket penerbangan (untuk yang ambil opsyen ini)

Taklimat persediaan 3-4 minggu sebelum trip

KOS SENDIRI SEMASA TRIP
Tiket Penerbangan (jika beli tiket sendiri)


Makan Minum (Guide akan bawa ke kedai halal, atau boleh memasak di penginapan)

Kos perjalanan (minyak kenderaan, tol, parking, aktiviti & fee masuk)

Kos persendirian lain. 


DAFTAR TRIP 

1. KLIK DI LINK di bawah untuk daftar online, ATAU WHATSAPP 

whatsapp http://www.wasap.my/+60138085868/peru (Sdr Muaz)
whatsapp http://www.wasap.my/+60176865868/peru (Pn Fieza)

berikan maklumat anda (Nama Penuh, Tarikh Berminat, Berapa Orang nak join)


2. Buat bayaran booking online RM1000 seorang.

3. Bayaran baki penuh, 3 bulan sebelum trip bermula beserta salinan Passport. 

4. Kami berikan online taklimat dan persediaan sebelum trip.

5. Jumpa di KLIA dan penerbangan bersama ke LIMA Peru airport untuk bermula pengalaman. insyaAllah


NOTA
Harga, tarikh, itinerari dan tiket penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan. 


    Popular Posts