AFRIKA SELATAN




Kembara teroka keunikan, keindahan pemandangan dan binatang hutan di safari bumi AFRIKA SELATAN. Kita akan memandu dari utara (JOHANNESBURG) hingga ke titik akhir selatan bumi Afrika, iaitu CAPE TOWN. 

Keindahan pemandangan setanding dengan EROPAH malah ada bonusnya, binatang safari. 



VIDEO kembara Afrika Selatan

TARIKH 
23 OKT - 1 NOV 2020  (musim bunga, suhu 10-20c)
6 MAC - 16 MAC 2021 (musim luruh, suhu 15-28c)
9 OKT - 19 OKT 2021 (musim bunga, suhu 10-20c)


ITINERARI 

HARI 1 : Penerbangan 225am dari KLIA (KUL) ke Johannesburg (JNB). Tiba JNB pada 255pm. ke KRUGER SAFARI Park. 

HARI 2 : KRUGER National & Safari Park

HARI 3 : KRUGER National & Safari Park

HARI 4 : KRUGER ke Rouxville

HARI 5 : Rouxville ke ADDO National Park

HARI 6 : ADDO National Park

HARI 7 : ADDO ke CAPE TOWN

HARI 8 : CAPE TOWN

HARI 9 : CAPE TOWN

HARI 10 : ke CAPE TOWN (CPT) Airport. Penerbangan pulang 115pm ke KLIA. 

HARI 11 : jangka tiba KLIA pada 330pm. 


PENGINAPAN. Guesthouse, Apartment, Hotel dan ada yang di lokasi dalam National Park sendiri.  

KENDERAAN. VAN 8-10 penumpang dengan pemandu & guide muslim dari TRIPKEKAWAN sepanjang trip. 

PENERBANGAN. Biasanya kami akan gunakan QATAR AIRWAYS. Kelas ekonomi dengan bagasi 23kg seorang. di nobatkan BEST AIRLINE IN THE WORLD selama 5 tahun berturut turut. 
ADDO NATIONAL PARK. Sini banyak gajah Afrika yang besar dan kita boleh lihat secara sangat dekat. Biasanya kami bawa kenderaan sendiri masuk ke dalam National Park, sebab dalam kenderaan kita lebih santai, boleh seharian dalam National Park, makan minum dan berhenti solat. 

MAKAN MINUM. Peserta ada pilihan samada masak dan makan sendiri atau biasanya berjemaah la kan, atau kita makan di kedai halal. Guide akan bawa ke kedai halal dan kos makan minum sendiri. KFC dan NANDOS di Afrika Selatan ini insyaAllah halal. ni picnic tepi bukit dalam perjalanan selepas kami dah masak berjemaah di homestay. 

KRUGER NATIONAL PARK. National Safari Park TERBESAR di bumi Afrika Selatan ini. insyaAllah bermacam binatang dapat di lihat.  

INDAH BAK POSKAD. Afrika Selatan ni sebenarnya cantik, ada ala-ala Eropah, ada ala NEW ZEALAND, ada ala AMERIKA dia punya pemandangan. bukan semua tanah safari, tapi banyak ladang buah, padang ragut, batu bukit cantik. MasyaAllah. 

KENALI BUDAYA. insyaAllah akan mempelajari budaya orang afrika juga di sini. Ini di BESOTHO Village. Di Afrika Selatan, ada 11 bahasa kebangsaan dan 11 kaum besar Afrika, seperti Besotho, Zulu, Afrikaans dan lain-lain. antara perkataan BESOTHO yang popular ialah "HAKUNA MATATA" (dalam cerita kartun LION KING) bermaksud "NO WORRIES"

SANTAI. Kita santai-santai, dan berhenti bila nak insyaAllah. ini antara lokasi Golden Gate National Park dalam perjalanan. Batu bata nya rata dan bewarna warni.

SOLAT & MASJID. Kita akan berhenti solat di masjid mana yang ada insyaAllah. walaupun muslim hanya dalam 3% dari populasi di sini, kebanyakan mereka adalah ahli perniagaan dan hampir setiap bandar di Afrika, ada masjid & komuniti kecil Muslim. INsyaAllah jika berkesempatan, kita juga akan ziarah komuniti muslim ini yang amat memuliakan tetamu. 

JALAN RARE. Ada juga jalan yang kami pilih, bukan jalan utama dan jalan "rare" ke lokasi terpencil indah yang amat cantik insyaAllah.

KRUGER NATIONAL PARK. InsyaAllah kita berpeluang melihat secara "live" dan "natural habitat" binatang liar Afrika seperti zirafah, zebra, badak air, badak sumbu, pelbagai jenis rusa, gajah, singa, cheetah, leopard dan banyak lagi. kita akan beberapa hari di National Park sebab tak semua yang datang "jenguk" kita. ada yang kita kena "cari & jenguk" binatang ni. 

BINATANG ZIARAH. Ini sewaktu kami bersarapan di homestay, zirafah dan beberapa binatang lain datang "ziarah" kami. jangan risau, hanya binatang yang TIDAK BUAS sahaja berada di kawasan yang ada rumah ni. kawasan yang ada binatang buas, dia berpagar tinggi dan selamat insyaAllah. 

AKTIVITI BERKUDA. Peserta juga boleh berkuda di kawasan terindah di Harrismith, lokasi peranginan elit Afrika dengan harga yang amat berpatutan. Berkuda ini datang dengan jurulatih dan alatan keselamatan seperti helmet, saddle yang lengkap insyaAllah. 1st timer pun boleh ikut aktiviti ni. 

MAKAN BERJEMAAH. Ni yang best.. masak dan makan berjemaah. Suhu semasa trip biasanya musim yang agak dingin, dan tak panas sangat. insyaallah

MASJID DI PEKAN KECIL. Masjid dan madrasah di pekan kecil seperti di Sanderton ini adalah antara yang kita akan ziarah, solat dan jika berkesempatan, jumpa penduduk Muslim tempatan. 

BUAH TEMPATAN. Biasanya AFRIKA ni sebenarnya pengeksport buah-buahan, terutama Avokado, limau, mangga. InsyaAllah kita akan dapat membeli dan merasa buah tempatan yang "fresh". Penduduk sini, antara makanan ruji mereka adalah Avokado. 

JALAN RAYA AFRIKA. Jalan mereka sebenarnya sangat elok, berkualiti tinggi dan pemanduan orang tempatan amat berhemah dan berdisiplin. InsyaAllah selesa dan selamat dalam perjalanan. 

LEMBAH & GUNUNG. Sepanjang perjalanan, banyak lokasi indah yang insyaAllah kita akan singgah dan santai berehat menyaksikan keindahan alam ciptaan Allah ini. 

PENGINAPAN . Ini adalah contoh sebahagian penginapan dalam perjalanan ini. Biasanya, 2-3 orang per bilik. Jika suami isteri, insyaAllah kita akan usahakan 2 orang sebilik sepanjang trip. 

WARNA WARNI (kampung MELAYU). Ini di Bo Kaap, Cape Town. Kampung Melayu sejak kurun ke 18, kebanyakan berketurunan Melayu Muslim dari tanah Sulawesi, Indonesia dan Malaya yang telah di "buang negeri" oleh penjajah pada ketika itu. Kita akan ziarah komuniti ini dan ber solat di Masjid Awwal (masjid pertama di tanah Afrika ini), yang juga di bina oleh ulama Melayu yang juga di buang daerah ke sini. 

CHAPMANS PEAK. Antara lokasi tepi laut terindah di CAPE TOWN yang kita akan santai menziarah dan jika sempat, kita picnic sekali di sini. 

TABLE MOUNTAIN. lokasi di mana kita boleh melihat seluruh bandaraya Cape Town dan keindahannya. 

PANTAI CHAPSMAN. Bersantai di tepi pantai di Cape Town, Chapmans Route. 

HARGA

RM9650 seorang 

HARGA TERMASUK
Pemandu van Muslim
Guide Muslim dalam Trip
Penginapan (Apartment / GuestHouse / Hotel)
Kenderaan MPV/Van (8-10 seater)
Tiket Penerbangan (kelas ekonomi)
Kos Perjalanan Kenderaan (parking, minyak & tol)
Taklimat persediaan sebelum trip

KOS SENDIRI SEMASA TRIP
MAKAN MINUM. Guide akan bawa ke restoran halal, dan kebanyakan penginapan boleh memasak. Peserta beli makanan sendiri. Guide boleh bawa ke kedai runcit.

FEE MASUK PARK. Peserta boleh bayar sendiri yuran/bayaran untuk masuk ke national park di sini. 

KOS PERSENDIRIAN. Kos persendirian seperti hadiah, cenderahati, internet data plan.  



DAFTAR TRIP 

1. KLIK DI LINK di bawah untuk daftar online, ATAU WHATSAPP 
whatsapp http://www.wasap.my/+60138085868/africa (Sdr Muaz)
whatsapp http://www.wasap.my/+60176865868/africa (Pn Fieza)
berikan maklumat anda (Nama Penuh, Tarikh Berminat, Berapa Orang nak join)


2. Buat bayaran booking online RM1000 seorang.
3. Bayaran baki penuh, 3 bulan sebelum trip bermula beserta salinan Passport. 
4. Kami berikan online taklimat dan persediaan sebelum trip.
5. Jumpa di KLIA dan penerbangan bersama ke JNB airport untuk bermula pengalaman. insyaAllah


NOTA
Harga, tarikh, itinerari dan tiket penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan. 



    Popular Posts