KYRGYZSTAN 4x4




Kembara negara KYRGYZSTAN dengan 4X4. Kita akan bersama menikmati keindahan pergunungan indah, lokasi yang masih ramai orang tak tahu dan terlalu jarang orang lawat apatah lagi "tourist" ke sini.

Ziarah dan merasai "hospitaliti" penduduk tempatan yang sangat memuliakan tetamu, dan mengambil ibrah dari sejarah lebih 2200 tahun di negara majoriti Muslim ini. 

NOTA UNTUK BAKAL PESERTA.
Konsep trip ini ialah KEMBARA 4X4 dan konsep 'KEMBARA", sesuai mereka yang inginkan pengalaman unik, rasai pengembaraan dan bukan "trip biasa-biasa". Peserta hendaklah mempunyai sifat kerjasama, toleransi, sabar dan tawakkal yang mantap, serta bersedia untuk menghadapi cabaran atau dugaan yang mungkin di hadapi. 


video trip KYRGYZSTAN 4x4

TARIKH TRIP
2 OKT - 11 OKT 2020 (luruh, suhu 8c-20c)

4 JUN - 13 JUN 2021 (summer, suhu 10c-25c)

16 JUN - 25 JUL 2021 (EidilAdha, summer, suhu 10c-25c)

17 SEP - 25 SEP 2021 (luruh, suhu 8c-20c)

ITINERARI (10H8M)
HARI 1 : Penerbangan AIR ASTANA 1020am, dari KLIA ke BISHKEK (FRU) Kyrgyzstan. jangka tiba FRU airport 635pm. 

HARI 2 : Bishkek ke Burana ke Kochkor

HARI 3 : Kochkor ke Songkol Lake

HARI 4 : Songkol Lake ke Suusamyr

HARI 5 : Suusamyr ke Osh

HARI 6 : Osh ke Sary Tash

HARI 7 : Sary Tash ke Osh

HARI 8 : Osh ke Bishkek

HARI 9 : Ronda kota Bishkek. petang ke airport untuk penerbangan pulang Air Astana, 755pm ke KLIA. 

HARI 10 : jangka tiba KLIA pada 940am.

KENDERAAN 4X4 : Kita akan gunakan juga banyak laluan tidak berturap ke beberapa lokasi terindah, "rare" dan lain dari kebiasaan insyaAllah. Ada pilihan samada PANDU SENDIRI atau DENGAN PEMANDU disediakan. 

4 orang per kenderaan. 3-4 kenderaan per trip (12-16 peserta sahaja per trip). 

BURANA : Antara tinggalan sejarah tamadun lama yang berusia sehingga lebih 2000 tahun di zaman Empayar Rome dalam laluan Sutera atau "Silk Road" antara Asia dan Eropah. 

BUAH SEGAR & BESAR AMAT : Antara paling best ialah buah-buahan nya murah, besar sangat dan manis sangat MasyaAllah. pelbagai jenis melon dan anggur serta strawberi di sini. Bila musim buahnya, mereka jual anggur dan strawberi dalam baldi, tak pakai kilogram dah.. 

PENGINAPAN. ada Homestay, Guesthouse dan hotel bajet dalam trip ini. Tandas ada di dalam bilik dan ada tandas kongsi di luar bilik. 

PENGINAPAN YURT/KHEMAH : Peserta juga berpeluang merasai kehidupan ala nomad Muslim Kyrgyzstan di tanah tinggi, di sebelah SongKol Lake yang indah (tasik kedua tertinggi di dunia, 3100m atas aras laut).
MASJID TERBESAR DI ASIA TENGAH : ZIarah dan bersolat di masjid Bishkek yang baru di bina, dan ia terbesar di bumi Asia Tengah ini. Masjid ini hasil sumbangan kewangan dan kepakaran binaan dari NGO Turki. 




EAGLE HUNTING SHOW : berpeluang melihat show ini secara "live" oleh orang tempatan. Merupakan aktiviti yang biasa di kalangan orang Nomad Kyrgyzstan sejak beratus tahun lama.


ALA BEL PASS : antara jalan pergunungan di ketinggian lebih 2800m yang indah yang kita akan lalu di Kyrgyzstan. 

MAKAN MINUM : kami akan bawa lokasi menarik, unik dan rasa tempatan. ada tepi tasik, ada tepi sungai, ada atas pergunungan. pengalaman yang istimewa dan memori yang unik. gambar ini makan ikan fresh trout dari tasik Toktogul. hampir semua kedai makan di Kyrgyzstan adalah halal. 

BENTUK MUKA BUMI UNIK : MasyaAllah, peserta juga berpeluang melihat keindahan dan keunikan batu batan, bukit bukau serta pergunungan unik dan indah sepanjang perjalanan. 

EKSPLORASI: kita akan lalu beberapa jalan tak berturap ke kawasan perbukitan dan pergunungan indah di beberapa lokasi.  

PAMIR HIGHWAY : antara jalan tertinggi di dunia (4655meter atas aras laut), merentasi 4 negara iaitu Kyrgyzstan, Uzbekistan, Tajikistan dan Afghanistan. Ini di Pass Taldyr, iaitu puncak tertinggi di Kyrgyzstan pada 3615meter atas aras laut.  
AKTIVITI BERKUDA : berkuda adalah antara aktiviti wajib orang Kyrgyzstan. Kita akan bawa peserta merasai pengalaman ini di lokasi menarik dan terbaik & tercantik insyaAllah. sesuai juga untuk yang pertama kali kerana ada 3-4 guide kuda akan bersama membantu sepanjang program. 

KOK BORU GAME : Game yang berusia ratusan tahun ini menggunakan kuda masih di mainkan oleh orang Kyrgyzstan. Kita akan jadi spectator la.. sebab level mereka ni dah pro sangat dengan kuda... 

DALAM YURT/KHEMAH : ni dalam khemah untuk makan & rehat. untuk khemah untuk tidur berbeza.

PERGUNUNGAN TIAN SHAN : meneroka keindahan pergunungan ini yang bersempadan dengan negara Tajikistan dan Xinjiang China. 

ZIARAH MAHABBAH : Peserta juga berpeluang ziarah dan di santuni oleh penduduk tempatan nomad di kawasan pergunungan. Penduduk Kyrgyzstan mempunyai budaya amat pemalu tetapi amat menyantuni tetamu. 


LENIN MOUNTAIN BASE CAMP: Peserta juga insyaAllah berpeluang memandu hingga ke Base Camp di Lenin Mountain yang amat indah dan jika ada rezeki, main ski dan snow boarding. 

KEBUDAYAAN :Kita juga akan buat special arrangement insyaAllah untuk buat pertunjukan kebudayaan Kyrgyzstan di dalam khemah Yurt tradisional.  

BAZAAR LAMA & BESAR : ni pun ada.. ke BAZAAR antara terbesar di Asia Tengah dan dah berusia lebih 250 tahun sejak zaman Islam Amer Temur yang menjual pelbagai barangan tempatan, rempah, buah pada harga orang tempatan. 

JALAN KOSONG : Kyrgyzstan masih BELUM di ketahui sebagai lokasi antara tercantik di dunia dengan air terjun, tasik, sungai, pergunungan dan lokasi masih belum di usik dek industri pelancongan. insyaAllah kita akan merasai betapa indah & tenang keindahan semulajadi nya. 

VIDEO Trip ini pada Ogos - Okt 2019

HARGA

dari RM3950 seorang (ground PANDU SENDIRI)
dari RM7450 seorang (ground PANDU SENDIRI + flight)
dari RM9450 seorang (ground + pemandu + flight)

HARGA TERMASUK
Penginapan (Guesthouse, homestay, hotel)
Kenderaan 4x4 sewa (transmisi auto)
Guide Muslim Melayu tripkekawan dalam trip
Tiket penerbangan (untuk yang ambil opsyen ini)
Taklimat persediaan 3-4 minggu sebelum trip

KOS SENDIRI SEMASA TRIP
Tiket Penerbangan (jika beli tiket sendiri)


Makan Minum (Guide akan bawa ke kedai halal, atau boleh memasak di penginapan)

Kos perjalanan (minyak kenderaan, tol, parking, aktiviti & fee masuk)

Kos fee masuk & aktivti & persendirian lain. 


DAFTAR TRIP 

1. KLIK DI LINK di bawah untuk daftar online, ATAU WHATSAPP 

whatsapp http://www.wasap.my/+60138085868/kyrgyzstan (Sdr Muaz)
whatsapp http://www.wasap.my/+60176865868/kyrgyzstan (Pn Fieza)

berikan maklumat anda (Nama Penuh, Tarikh Berminat, Berapa Orang nak join)


2. Buat bayaran booking online RM1000 seorang.

3. Bayaran baki penuh, 3 bulan sebelum trip bermula beserta salinan Passport. 

4. Kami berikan online taklimat dan persediaan sebelum trip.

5. Jumpa di KLIA dan penerbangan bersama ke KYRGYZSTAN (Bishkek airport) untuk bermula pengalaman. insyaAllah


NOTA
Harga, tarikh, itinerari dan tiket penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan. 

    Popular Posts