BOSNIA + CROATIA santai (8h7m)


Trip santai meneroka negara Bosnia Herzegovina dan Croatia menziarahi lokasi-lokasi terindah di dua negara ini di samping mencari ilmu dan ibrah dari sejarah peradaban yang wujud sejak zaman sebelum kerajaan Islam Uthmaniyah lagi di sini.


video pendek Trip Bosnia Croatia santai ni


TARIKH
  • 14-21 Mac 2020 (musim bunga, cuti sekolah)
  • 19-26 Dis 2020 (musim sejuk, cuti sekolah)


ITINERARI
Hari 1 : tiba Sarajevo. Free & Easy.
Hari 2 : Sarajevo > Bjelasnica Mountain & Ski (musim salji sahaja) > Mostar
Hari 3 : Mostar > Dubrovnik Croatia
Hari 4 : Dubrovnik > Zadar
Hari 5 : Zadar > Plitvice National Park > Bihac Bosnia 
Hari 6 : Bihac > Jajce > Travnik
Hari 7 : Travnik > Sarajevo
Hari 8 : Sarajevo > penerbangan balik

AKTIVITI MENARIK
  • Ziarah bandar Waqaf Tamadun Islam lebih 500 tahun yang masih wujud
  • Main Ski di pergunungan dan ski resort (musim salji sahaja, Disember trip)
  • Merasai makanan halal enak di Bosnia seperti Cevapi & Kambing golek lazat
  • Melawat tempat & lokasi serta taman indah di Bosnia & Croatia
  • Melawat tempat terindah di Croatia iaitu Pitvice National Park dan Dubrovnik
  • Ziarah komuniti Muslim di kedua dua negara 
  • Solat dan ziarah beberapa masjid serta madrasah di Bosnia.


HARGA (PANDU SENDIRI)
  • 5-8 orang per kumpulan : RM2975/orang (Van 9 seater. Gear manual)
  • 4 orang per kumpulan : RM2975/orang  (Mini MPV atau kereta, gear automatik/manual)
  • 3 orang per kenderaan : RM3525/orang (kereta)
  • 2 orang per kenderaan : RM4475/orang (kereta)


HARGA (DENGAN PEMANDU)
  • RM4850/orang 
  • termasuk van 9 seater, dengan pemandu muslim dan kos perjalanan minyak van, tol, parking

HARGA termasuk
  • Penginapan bajet (apartment/hotel/homestay)
  • Kenderaan sewa dengan insurans asas
  • Guide muslim dalam trip
  • Pemandu muslim van (untuk TRIP DENGAN PEMANDU sahaja)
  • Kos perjalanan kenderaan (diesel/petrol, tol, parking); untuk TRIP DENGAN PEMANDU sahaja
  • Sewa GPS & Walkie Talkie (untuk PANDU SENDIRI sahaja)
  • Taklimat peserta dan persediaan 2-3 bulan sebelum trip bermula 


KOS SENDIRI
sebelum dan semasa trip
  • Tiket penerbangan pergi balik ke Sarajevo airport. (dalam RM3500/orang)
  • Makan minum, Guide akan bawa ke kedai/restoran halal. Sebahagian penginapan boleh memasak. (dalam €70 seorang per trip)
  • Kos perjalanan kenderaan seperti diesel/petrol kenderaan, tol, parking (untuk TRIP PANDU SENDIRI sahaja) dalam €100 seorang per trip (kongsi 4 orang per kereta)
  • Kos persendirian lain


DAFTAR TRIP
  1. Klik di link untuk daftar online
  2. Bayaran booking RM200/orang
  3. Beli tiket penerbangan ; atau kami boleh bantu belikan.
  4. Buat bayaran baki 3 bulan sebelum trip bermula
  5. Berikan copy passport dan hadir ke taklimat persediaan peserta

TIKET PENERBANGAN
Peserta yang dah daftar trip, kami akan guide dan di berikan panduan untuk beli sendiri online, atau boleh beli dengan mana-mana travel ejen, atau kami boleh tolong belikan tiket. Harga tiket tertakluk kepada harga semasa dan syarikat penerbangan. Untuk penerbangan trip ini, ialah tiket pergi dan balik dari SARAJEVO AIRPORT (SJJ).

Peserta hendaklah berada di lokasi trip bermula sebelum atau pada 10am hari pertama trip (Hari 1), dan penerbangan balik selepas 11am pada hari terakhir trip (Hari 8). Kos tiket seorang dalam RM3000-4250 seorang (tiket pergi balik termasuk bagasi). Biasanya boleh beli seawal 8-6 bulan sebelum tarikh trip bermula.

PENGINAPAN SAMPAI AWAL ATAU BALIK LEWAT?
Jika anda tiba lebih awal dari tarikh trip, atau ingin extend lagi penginapan di lokasi terakhir tu selepas trip tamat, InsyaAllah kami boleh bantu tempah atau peserta boleh tempah sendiri. Perlu tempah 3-4 bulan awal sebelum trip bermula.


MAKAN MINUM 
Konsep masak sendiri dan/atau makan di kedai halal. Kos makan minum adalah kos peserta sendiri. Kami akan guide barang yang perlu di bawa, barang yang tak boleh di bawa dan barangan yang boleh di beli dalam trip untuk memasak sendiri. 

Semua lokasi sepanjang perjalanan, ada tempat masak di penginapan dan campsite. Semasa trip, team kami dan guide akan juga berikan senarai kedai dan restoran halal sepanjang perjalanan. Ada masa juga kita akan masak dan makan secara berjemaah untuk merapatkan ukhuwah antara peserta.  Kos makan minum sepanjang trip sekitar RM300 seorang. 


KURSUS PEMANDUAN
2-3 bulan sebelum trip, peserta akan hadiri Taklimat & Kursus Trip ini. Cara pemanduan, undang-undang, tips pemanduan selamat, persediaan untuk memandu sendiri, budaya pemanduan akan di berikan kepada peserta dalam Taklimat Trip.

Kos Perjalanan (Pandu Sendiri) termasuk minyak kenderaan, tol, parking, cross border charges dalam RM400 seorang per trip (kongsi 4 orang per kenderaan).

TAKLIMAT & KURSUS TRIP
Seperti jemaah umrah dan haji yang wajib hadir ke Kursus Umrah/Haji sebelum penerbangan, peserta trip kami juga perlu hadir ke Taklimat Persediaan Trip untuk setiap peserta untuk membantu persediaan yang lebih baik dari segi ilmu, do & dont's, cara memandu, persediaan dokumen dan lain-lain urusan. 


DAFTAR TRIP
  1. KLIK SINI untuk daftar online (akan ke website lain untuk daftar online)
  2. Bayaran booking RM200/orang (online)
  3. Beli tiket penerbangan ; atau kami boleh bantu belikan.
  4. Buat bayaran baki 3 bulan sebelum trip bermula dan hadiri TAKLIMAT PERSEDIAAN peserta trip. 
  5. Terbang ke SARAJEVO AIRPORT dan berjumpa team kami di Airport SJJ atau di Homestay di Sarajevo seperti yang di tetapkan.


NOTA
  • Harga, tarikh dan itinerari tertakluk kepada perubahan
  • Peserta kongsi per motorhome hendaklah tiada isu aurat (mahram)
  • Jika Daftar SOLO, kami akan bantu grupkan dengan peserta solo lain. Harga akan tertakluk kepada jumlah peserta solo dalam kenderaan tersebut, 3 bulan sebelum trip bermula. 

SOALAN LANJUT?


ZIARAH & AMBIL IBRAH WAQAF KOMERSIL : Peserta akan di dedahkan dengan kehebatan sistem Waqaf Komersil & Waqaf Sosial dari zaman Islam Uthmaniyah yang masih wujud sehingga hari ini. Sistem hebat beroperasi lebih 500 tahun ini terbukti memberikan kegemilangan kepada ummah. Gambar : di Masjid Gazi Huzrev Beg, di bina oleh "founder" Sarajevo moden lebih 500 tahun lalu dan kompleks madrasah serta lain-lain tempat. 

KAMBING GOLEK BOSNIA FRESH & SEDAP : Kami akan bawa peserta ke kedai Kambing Golek terbaik Bosnia di beberapa lokasi. Kambing fresh, sedap, lazat dan memang tak boleh di lupakan. Kalau ada yang tak makan kambing, jangan risau, ada juga menu ayam, ikan. 


PROGRAM ZIARAH. Kita akan bersama ziarah beberapa masjid dan madrasah serta komuniti Muslim dalam trip ini. Masjid dalam gambar ini terletak di wilayah Travnik dan hasil usahasama dengan Tripkekawan sejak beberapa tahun lalu. Alhamdulillah. 

TAMAN INDAH. Bosnia dan Croatia mempunyai banyak taman-taman yang indah dengan air sungai jernih mengalir MasyaAllah. Kami akan bawa bersama peserta menikmati keindahan alam Allah ini.

KENDERAAN SELESA & KUMPULAN KECIL. Kelana di bumi Bosnia menggunakan van 8 seater yang selesa. Kumpulan kecil (12-18 peserta per trip) juga membantu supaya trip ini fleksibel dan santai insyaAllah. Kita juga ada kenderaan lebih kecil seperti kereta dan mini-mpv untuk kumpulan kecil 3-4 orang per kenderaan. Untuk kenderaan kecil, terdapat pilihan kenderaan Manual atau Auto transmission, manakala untuk Van, hanya Manual yang ada. 

SOLAT DI UTAMAKAN. Penekanan terhadap solat pada waktunya amat di titikberatkan insyaAllah. Malah, semasa trip, kami akan tekankan teknik dan tips solat musafir, solat waktu sejuk dan solat praktikal untuk permusafiran. 

LOKASI RARE & LUAR BANDAR : Kami juga akan bawa peserta ke lokasi yang tak berapa orang lain pergi (bukan tempat tourist) dan menarik dari segi pemandangan, sejarah dan lokasi nya. insyaAllah


LOKASI WAJIB : Mostar Bridge (Stari Most) ni kira lokasi wajib la kalau datang ke Bosnia kan.. so insyaAllah kita pergi cover juga. guide kami akan share info, sejarah dan ilmu pengajaran yg kita dapat belajar dr setiap lokasi juga insyaAllah. 

MERASAI SENDIRI MANFAAT WAQAF : Peserta merasai sendiri air sejuk yang segar pergunungan mengalir sejak 500 tahun dulu, hasil sistem waqaf . Kami akan bawa anda bersama menjelajah dan merasai sendiri kehebatan sistem Waqaf yang diperkemaskan semasa zaman Uthmaniyah dulu yang masih wujud hingga sekarang. 

GUIDE & PEMANDU ORANG MALAYSIA. Guide & Pemandu berpengalaman dari kalangan orang Malaysia, cakap Melayu dan makan nasi putih... amat membantu memudahkan perjalanan anda kerana guide & pemandu kami faham sangat keunikan budaya oang Malaysia yang tak semua bangsa faham kan... dari selalu nak berhenti ambil gambar, nak berhenti ke tandas, nak sembang dan nak cari tempat makan halal, sedap dan kena tekak orang Malaysia. 


MERASAI PELBAGAI MAKANAN TEMPATAN. Kami akan bawa juga ke kedai halal menu tempatan. Ada macam-macam. Kami akan suggest juga menu yang sesuai dengan tekak orang Melayu Malaysia ni kan.. Bismillah.. sedappp
BUAH-BUAHAN SEGAR. MasyaAllah, tengok pun dah best. Kita akan berhenti di kawasan jual buah tempatan segar dan enak insyaAllah. 

BOLEH TIDUR SINI? maaf.. rumah kecik tu bukan tempat tidur, tapi tempat kisar jagung dan gandum, untuk jadi tepung ye.. haha. Juga tak lupa lokasi-lokasi menarik dalam gambar ni. 



Popular Posts