NEW ZEALAND NORTH + SOUTH ISLAND, KERETA/MPV/VAN (11 HARI 10 MALAM)



Memandu Sendiri kereta/MPV/Van dari North Island NZ,menaiki feri merentas antara pulau utara dan ke pulau selatan dan memandu di South Island NZ. 


TARIKH
  • 20-30 Mac 2019
  • 7-17 Aug 2019
  • 11-21 Dis 2019


semua tarikh di atas adalah semasa cuti sekolah Malaysia. 

ITINERARI (ROUTE BARU)

Hari 1 : Tiba Auckland > ambil kenderaan > Hobitton > Rotorua
Hari 2 : Rotorua > Palmerson North
Hari 3 : Palmerson North > Wellington
Hari 4 : Wellington > naik feri > Christchurch (CHC)
Hari 5 : CHC. Free & Easy
Hari 6 : Christchurch (CHC) > Arthurs Pass > Franz Josef
Hari 7 : Franz Josef > Queenstown
Hari 8 : Queenstown > Te Anau
Hari 9 : Te Anau > Milford Sound > Queenstown
Hari 10 : Queenstown > Wanaka > Mt Cook
Hari 11 : Mt Cook > CHC > pulangkan kenderaan. 

PETA PERJALANAN. dari Pulau Utara memandu sehingga ke Pulau Selatan menaiki feri. 


AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK
  • Meneroka negara antara tercantik di dunia
  • Menaiki cruise Milford Sound Fjord, cruise antara 10 tercantik di dunia
  • Memandu kereta/MPV di pulau Utara New Zealand yang indah
  • Memandu motorhome bagaikan rumah bergerak di South Island New Zealand
  • BBQ Lamb NZ yang enak secara berjemaah
  • Solat berjemaah di tepi tasik dan di taman indah
  • Ziarah komuniti muslim dan masjid 



HARGA (Pandu Sendiri. Guided Self Drive)
  • 7-10 orang per kumpulan : RM3250/orang (Van 11 seater)
  • 5-6 orang per kumpulan : RM3250/orang  (MPV 7 seater)
  • 4 orang per kenderaan : RM3250/orang (kereta)
  • 3 orang per kenderaan : RM3600/orang (kereta)
  • 2 orang per kenderaan : RM4450/orang (kereta)

KENDERAAN : KERETA sesuai untuk 2-4 dewasa. Kita akan pandu bermula dari pulau Utara hingga ke pulau Selatan.

KENDERAAN MPV : Sesuai untuk 5-8 orang sepanjang perjalanan. Bag Carrier di belakang tu boleh di sewa dengan kos tambahan jika perlu. 


HARGA TERMASUK 
  • Sewa kereta/MPV/Van, pandu sendiri (kenderaan Auto)
  • tiket feri Pulau Utara (Wellington) ke pulau Selatan New Zealand (Picton)
  • upgrade ke insurans premium kenderaan (full coverage)
  • upgrade ke zero excess insurance (zero liabiliti)
  • penginapan motel/cabin untuk 3 malam di North Island & 7 malam di South Island
  • Guide muslim dalam trip
  • Sewaan GPS dan Walkie Talkie
  • Taklilmat Peserta dan Perjalanan 2-3 bulan sebelum trip bermula


HARGA TAK MASUK
  • Tiket penerbangan. (mula  di Auckland Airport dan habis trip di CHC Airport).  Kami akan bantu guide untuk beli tiket penerbangan atau boleh tolong belikan jika perlu. 
  • Refundable security deposit (kad kredit, NZD500 semasa ambil kenderaan)
  • Kos minyak, parking kenderaan (dalam NZD600 per kenderaan)
  • Diesel Recovery Tax (untuk kenderaan diesel shj, dlm NZD150 per kenderaan)

TIKET PENERBANGAN
Peserta yang dah daftar trip, kami akan guide dan di berikan panduan untuk beli sendiri online, atau boleh beli dengan mana-mana travel ejen, atau kami boleh tolong belikan tiket. Harga tiket tertakluk kepada harga semasa dan syarikat penerbangan. Untuk penerbangan trip ini, ialah TIKET PERGI ke AUCKLAND AIRPORT (AKL) dan BALIK dari CHRISTCHURCH AIRPORT (CHC). Kos tiket seorang dalam RM2600-3500 seorang (tiket pergi balik termasuk bagasi). Biasanya boleh beli seawal 8-6 bulan sebelum tarikh trip bermula.




MAKAN MINUM 
Konsep masak sendiri dan/atau makan di kedai halal. Kos makan minum adalah kos peserta sendiri. Kami akan guide barang yang perlu di bawa, barang yang tak boleh di bawa dan barangan yang boleh di beli dalam trip untuk memasak sendiri. Semua lokasi sepanjang perjalanan, ada tempat masak di penginapan dan campsite. Semasa trip, team kami dan guide akan juga berikan senarai kedai dan restoran halal sepanjang perjalanan. Ada masa juga kita akan masak dan makan secara berjemaah untuk merapatkan ukhuwah antara peserta. 


TAKLIMAT WAJIB PERSEDIAAN TRIP UNTUK PESERTA
Seperti jemaah umrah dan haji yang wajib hadir ke Kursus Umrah/Haji sebelum penerbangan, peserta trip kami juga perlu hadir ke Taklimat Persediaan Trip untuk setiap peserta untuk membantu persediaan yang lebih baik dari segi ilmu, do & dont's, cara memandu, persediaan dokumen dan lain-lain urusan. 


DAFTAR TRIP
  1. SILA WHATSAPP ke +60 13-839 2334 atau +6013 808 5868 untuk daftar online (berikan nama, email dan pilihan tarikh trip). akan terima respond dan daftar online.
  2. Bayaran booking RM200/orang
  3. Beli tiket penerbangan ; atau kami boleh bantu belikan.
  4. Buat bayaran baki 3 bulan sebelum trip bermula dan hadiri TAKLIMAT PERSEDIAAN peserta trip. 
  5. Terbang ke NZ dan berjumpa team kami di Airport AUCKLAND seperti yang di tetapkan.


NOTA
  • Harga, tarikh dan itinerari tertakluk kepada perubahan
  • Peserta kongsi per motorhome hendaklah tiada isu aurat (mahram)
  • Jika Daftar SOLO, kami akan bantu grupkan dengan peserta solo lain. Harga akan tertakluk kepada jumlah peserta solo dalam kenderaan tersebut, 3 bulan sebelum trip bermula. 


SOALAN LANJUT?
  • sila hubungi atau whatsapp kan pertanyaan ke +60 13-839 2334 atau +6013 808 5868, atau
  • email kami di tripkekawan@yahoo.com
atau NAK COVER DUA-DUA PULAU NEW ZEALAND NI.. NAK NAIK MOTORHOME di SOUTH ISLAND dan NAIK MPV atau KERETA di North Island NEW ZEALAND??.. ada juga. Klik SINI. 




ANTARA LOKASI TERINDAH DI DUNIA. Kami design itinerari kami supaya perjalanan ini melalui antara tempat-tempat dan lokasi terindah di New Zealand ini, yang sesuai untuk semua golongan dan keluarga. 



ZIARAH KOMUNITI TEMPATAN : Aktiviti ziarah masyarakat Muslim tempatan, terutama berbangsa Melayu yang bermastautin di NZ juga di adakan untuk merapatkan ukhwah antara Muslim dan bertukar tukar pengalaman.
CRUISE TERCANTIK DI DUNIA. Peserta juga akan naik cruise di Milford Sound, di nobatkan sebagai antara 10 Cruise tercantik di dunia, merentasi fjord & bukit indah serta kekadang ada dolphin dan sealion. 
SOLAT JEMAAH. Ada beberapa masa kita akan bersama solat jemaah dan lepas tu makan berjemaah. 

JET BOAT. Pengalaman menaiki jetboat di sungai-sungai indah dan jernih. lebih menarik ialah kami akan bawa ke operator jetboat tempatan yang tak dikenali ramai tourist, yang memberikan servis lebih eksklusif dan harga lebih murah dari operator yang popular di kalangan pelancong luar.




 


Popular Posts