EROPAH 6 NEGARA (11hari 10malam) improved itinerary


EROPAH 6 NEGARA (11hari 10malam)
France , Swiss, Germany, Netherlands, Belgium, UK


Kelana merentasi benua Eropah bermula di Paris France, Swiss, Germany, Nederland (Belanda), Belgium , United Kingdom dan kembali ke Paris. Kelana ini ada 2 cara, iaitu PANDU SENDIRI atau KAMI SEDIAKAN PEMANDU. 

TARIKH
  • 22 Mac – 2 April 2019 (musim bunga & tulips, suhu 10-15c)
  • 1-11 Dis 2019 (musim salji, -5 hingga 10c)


ITINERARI
Hari 1 : Tiba Paris. Paris Free & Easy
Hari 2 : Paris > Swiss
Hari 3 : Swiss Alps
Hari 4 : Swiss > Stuttgart
Hari 5 : Stuttgart
Hari 6 : Stuttgart > Amsterdam
Hari 7 : Amsterdam
Hari 8 : Amsterdam > Brussels & Bruges
Hari 9 : Bruges > feri > London
Hari 10 : London
Hari 11 : London > feri > Paris

AKTIVITI MENARIK
  • Melawat pergunungan & alps terindah di Swiss
  • Memandu atau di pandu melalui jalan-jalan terindah di Eropah
  • Melawat Paris, Amsterdam, London bandar yang popular dengan seni dan sejarah 
  • Melihat kehebatan kejuruteraan di muzium teknologi terbesar di Germany
  • Pengalaman memandu tanpa hadlaju di AutoBahn di Germany
  • Ziarah dan solat di masjid-masjid tempatan dan ziarah komuniti Muslim di sini
  • Merasai makanan tempatan yang kepelbagaian dan enak



HARGA (PANDU SENDIRI)
  • 5-8 orang per kumpulan : RM4300/orang (Van 9 seater. Gear manual)
  • 4 orang per kumpulan : RM4300/orang  (kereta, gear automatik/manual)
  • 3 orang per kenderaan : RM4350/orang (kereta, gear automatik/manual)
  • 2 orang per kenderaan : RM5975/orang (kereta, gear automatik/manual)


HARGA (DENGAN PEMANDU)
  • RM6750/orang 

(van 8 seater, dengan pemandu muslim dan kos perjalanan minyak van, tol, parking, feri)


HARGA TERMASUK
  • Penginapan (apartment/hotel/homestay)
  • Kenderaan sewa dengan insurans asas
  • Guide muslim dalam trip
  • Pemandu muslim van (untuk TRIP DENGAN PEMANDU sahaja)
  • Kos perjalanan kenderaan (diesel/petrol, tol, parking); untuk TRIP DENGAN PEMANDU sahaja
  • Feri France Calais ke Dover UK pergi balik untuk peserta dan kenderaan
  • Sewa GPS & Walkie Talkie (untuk PANDU SENDIRI sahaja)
  • Taklimat peserta dan persediaan 2-3 bulan sebelum trip bermula 


KOS SENDIRI PER TRIP
sebelum & semasa trip
  • Tiket penerbangan pergi balik ke Paris CDG airport. (mula dan habis di sini). dalam RM2700-3500 seorang. 
  • Makan minum, Guide akan bawa ke kedai/restoran halal. Sebahagian penginapan boleh memasak. kos dalam €100 seorang per trip.
  • Kos perjalanan kenderaan seperti diesel/petrol kenderaan, tol, parking (untuk TRIP PANDU SENDIRI sahaja). dalam €120 seorang per trip
  • Fee masuk muzium/attractions dan Kos persendirian lain
  • Refundable Security Deposit dari kad kredit (untuk pemandu sahaja) semasa ambil kenderaan




DAFTAR TRIP
  1. Klik di icon atas untuk daftar online
  2.  Bayaran booking RM200/orang online
  3. Terima panduan trip, cara dan advise pembelian tiket penerbangan, persediaan untuk trip dan info penting lain. 
  4. Beli tiket penerbangan ; atau kami boleh bantu belikan.
  5. Hadiri Kursus & Taklimat Persediaan peserta Ekspedisi ini. 
  6. Buat bayaran baki 3 bulan sebelum trip bermula
  7. Berikan copy passport dan hadir ke taklimat persediaan peserta, 2-3 bulan sebelum trip bermula. 
SAIZ KUMPULAN
Kumpulan kecil. dalam 3-4 kenderaan per trip. 15-20 peserta sahaja per trip. Kenderaan kereta, MPV dan Van 8 seater.

TIKET PENERBANGAN
Peserta yang dah daftar trip, kami akan guide dan di berikan panduan untuk beli sendiri online, atau boleh beli dengan mana-mana travel ejen, atau kami boleh tolong belikan tiket. Harga tiket tertakluk kepada harga semasa dan syarikat penerbangan. Biasanya dalam RM2500-3000 seorang. Ada pelbagai syarikat penerbangan ke sini seperti Qatar Airways, Emirates, KLM, Etihad, Vietnam Airlines, Air France dan banyak lagi. Untuk penerbangan trip ini, ialah tiket pergi dan balik dari PARIS CHARLES DE GAULLE AIRPORT (CDG).

Peserta hendaklah berada di lokasi trip bermula sebelum atau pada 8am hari pertama trip (Hari 1), dan penerbangan balik selepas 8pm pada hari terakhir trip (Hari 12). Biasanya boleh beli seawal 8-6 bulan sebelum tarikh trip bermula.

PENGINAPAN SAMPAI AWAL ATAU BALIK LEWAT?
Jika anda tiba lebih awal dari tarikh trip, atau ingin extend lagi penginapan di lokasi terakhir tu selepas trip tamat, InsyaAllah kami boleh bantu tempah atau peserta boleh tempah sendiri. Perlu tempah 3-4 bulan awal sebelum trip bermula.



MAKAN MINUM 
Konsep masak sendiri dan/atau makan di kedai halal. Kos makan minum adalah kos peserta sendiri. Kami akan guide barang yang perlu di bawa, barang yang tak boleh di bawa dan barangan yang boleh di beli dalam trip untuk memasak sendiri. Semua lokasi sepanjang perjalanan, ada tempat masak di penginapan dan campsite. Semasa trip, team kami dan guide akan juga berikan senarai kedai dan restoran halal sepanjang perjalanan. Ada masa juga kita akan masak dan makan secara berjemaah untuk merapatkan ukhuwah antara peserta.  Kos makan minum sepanjang trip sekitar RM700 seorang. 

KURSUS PEMANDUAN
2-3 bulan sebelum trip, peserta akan hadiri Taklimat & Kursus Trip ini. Cara pemanduan, undang-undang, tips pemanduan selamat, persediaan untuk memandu sendiri, budaya pemanduan akan di berikan kepada peserta dalam Taklimat Trip.

Kos Perjalanan (Pandu Sendiri) termasuk minyak kenderaan, tol, parking, cross border charges dalam RM700 seorang per trip (kongsi 4 orang per kenderaan).

TAKLIMAT & KURSUS TRIP
Seperti jemaah umrah dan haji yang wajib hadir ke Kursus Umrah/Haji sebelum penerbangan, peserta trip kami juga perlu hadir ke Taklimat Persediaan Trip untuk setiap peserta untuk membantu persediaan yang lebih baik dari segi ilmu, do & dont's, cara memandu, persediaan dokumen dan lain-lain urusan. 

NOTA
  • Harga, tarikh dan itinerari tertakluk kepada perubahan
  • Jika Daftar SOLO, kami akan bantu grupkan dengan peserta solo lain. Harga akan tertakluk kepada jumlah peserta solo dalam kenderaan tersebut, 3 bulan sebelum trip bermula. 

NAK INFO LANJUT? 
NAK JOIN TRIP NI?
ada 3 cara hubungi kami
PARIS. Kita mula dan habis trip di sini. (bermula dan habis di CDG Paris Airport)
PANDU SENDIRI : Peserta memandu sendiri kenderaan yang kami sediakan. InsyaAllah kereta model terbaru dan kenderaan berumur tak sampai 24 bulan. Model standard dan peserta boleh upgrade model lebih premium dengan kos tambahan. Semua kenderaan kami lengkapi dengan GPS kami yang dah set, walkie talkie untuk komunikasi dan guide manager berpengalaman dalam trip. 

TRIP DENGAN PEMANDU : Trip ini kami sediakan pemandu dan kenderaan van 8 seater yang selesa insyaAllah. Harga termasuk dengan penginapan, pemandu Muslim Melayu, van 8 seater, kos perjalanan kenderaan (minyak kereta, tol, vignette, parking, cross border charges), guide dalam trip. 

PENGALAMAN MEMANDU DI EROPAH : satu pengalaman manis dan unik yang bukan semua orang berpengalaman. Peserta akan diberikan taklimat dan kursus pemanduan sebelum trip, dan kenderaan disediakan model terbaru di Eropah.

GUIDE & PEMANDU MELAYU MUSLIM : Team kami berpengalaman mengurus kumpulan sederhana saiznya ke lebih 45 negara dan ada team kami boleh berbahasa lebih 6 bahasa. Mereka juga lebih memahani budaya, makan minum dan minta orang Melayu Malaysia/Singapore/Brunei ini bila mengembara di sini. 

ZIARAH SAUDARA MUSLIM & MASJID : Kita akan ziarah saudara Islam kita di sana dan masjid-masjid sepanjang perjalanan untuk merapatkan ukhuwah Islam, solat jemaah, stok makanan halal dan berkongsi ilmu dan pandangan sesama Muslim. 

GERMANY : Berpeluang melihat sendiri kecanggihan teknologi automotif Jerman seperti Porsche, Mercedes Benz, Audi, BMW, Opel dan VW. 
GERMAN AUTOBAHN TANPA HADLAJU : peluang unik dan pengalaman memandu satu-satunya lebuhraya di dunia yang tiada hadlaju; iaitu di Germany. Pemandu akan diberikan taklimat dan kursus untuk memandu di sini yang memerlukan disiplin yang tinggi. Purata kelajuan 140kmh dan ada kenderaan pandu lebih 300kmh, tetapi amat selamat dan jarang berlaku eksiden kerana disiplin & hemah pemandu, sistem jalanraya, pemantauan baik dan kenderaan mantap.


SWISS ALPS : menikmati keindahan Allah yang sangat indah dengan gunung ganang. salji, bunga, air terjun. MasyaAllah.

SWISS JUNGFRAU TRAIN : Peserta juga boleh naik Jungfrau train (kos tambahan) ke puncak Jungfrau yang tertinggi di benua Eropah Barat ini dan menikmati keindahan pemandangan sepanjang trip selama 4 jam tersebut. Hanya tren ini sahaja boleh naik ke atas (tiada kenderaan dan tiada jalanraya ke atas). 



NEDERLAND (BELANDA) : Selain icon kincir angin dan perkampungan nelayan indah, bunga tulip (trip Mac) juga menjadi ikon negara ni. Trip Mac kita akan ke Kuekenhof Tulip Garden yang besar amat, lebih 30 hektar. 


BELGIUM : Kita akan ke luar bandar dan taman-taman yang indah juga insyaAllah selain tempat tourist yang popular. 



LONDON CENTRAL MOSQUE : Kita juga akan ajak peserta bersama solat jemaah, makan briyani halal dan berjumpa muslim tempatan di sini. Ada banyak masjid dan ramai muslim sekarang di UK terutama di bandar-bandar utama di negara ini. Alhamdulillah.

TOWER BRIDGE LONDON : Ni bukan London bridge ye.. namanya Tower Bridge.. antara lokasi yang akan peserta pergi semasa di London selain attractions lain Tower Castle, Oxford Street, Wax Museum, Trafalgar Square dan Buckingham Palace.
FACTORY OUTLETS : Kita juga ada beberapa lokasi Designer Outlet atau org Malaysia cakap FO (Factory Outlet) yang peserta boleh pergi. di Germany, di UK. Harga kalau ada Sale, memang berbaloi sangat beli. Murah 50-70% dari harga di Malaysia. Kira menyesal la kalau tak beli.. camtu sekali.. 

Popular Posts