NEW ZEALAND. ber Kereta/ MPV/ Van



Kembara NEW ZEALAND SOUTH ISLAND dengan kenderaan KERETA/MPV atau Van. Konsep trip ini ialah PANDU SENDIRI atau DENGAN PEMANDU di sediakan. Konsep santai, fleksibel dan jalan-jalan terindah di bumi Allah bernama New Zealand ini. 

Setiap trip akan bersama Pengurus Trip & Guide TRIPKEKAWAN yang akan membantu uruskan perjalanan dan kelana ini insyaAllah. 

TARIKH
27 JUL - 1 AUG 2020 (awal musim bunga, suhu 5-10c)
30 NOV - 5 DIS 2020 (hujung musim bunga, suhu 8-15c)
14 DIS - 19 DIS 2020 (awal musim panas, suhu 10-20c)

22 MAC - 27 MAC 2021 (awal musim bunga)
19 JUL - 24 JUL 2021 (hujung musim sejuk)
29 NOV - 4 DIS 2021 (awal musim panas)

ITINERARI (6H5M)
HARI 1 : bermula di CHRISTCHURCH AIRPORT (CHC) 9am. ke Lake Tekapo, Lake Pukaki dan Twizel

HARI 2 : ke Omarama, Wanaka dan Queenstown

HARI 3 : Queenstown

HARI 4 : ke Milford Sound dan Dunedin

HARI 5 : ke Oamaru dan Timaru


HARI 6 : ke CHC kembali. Trip tamat pada 4pm. 


HARGA
dari RM2990 seorang (ground Pandu Sendiri, 4-10 orang per kenderaan)
dari RM3100 seorang (ground Pandu Sendiri, 3 orang per kereta)
dari RM3250 seorang (ground Pandu Sendiri, 2 orang per kereta)

dari RM4990 seorang (ground + pemandu)


HARGA TERMASUK
Penginapan (Guesthouse, cabin, apartment, motel)

Kenderaan (kereta/mpv/van)

Guide Muslim Melayu tripkekawan dalam trip

Pemandu Muslim Tripkekawan (untuk yang ambil opsyen ini)

Kos perjalanan kenderaan (petrol/diesel, parking) untuk yang ambil opsyen DENGAN PEMANDU sahaja.

Taklimat persediaan 3-4 minggu sebelum trip

KOS SENDIRI SEMASA TRIP
Tiket Penerbangan. Penerbangan balik CHC airport


Makan Minum (Guide akan bawa ke kedai halal, atau boleh memasak di penginapan)

Kos perjalanan (minyak kenderaan, tol, parking) untuk PANDU SENDIRI. 

Fee masuk /aktiviti dan Kos persendirian lain. 


KENDERAAN : trip ini ada konsep PANDU SENDIRI atau DENGAN PEMANDU. ada kereta, mpv dan van, bergantung kepada saiz peserta. Setiap kenderaan di lengkapi dengan GoogleMap, Walkie Talkie dan pelan perjalanan serta TRIP Manager (Guide) yang bersama dalam trip. 

VAN & MPV : ini akan di gunakan untuk TRIP DENGAN PEMANDU, atau PANDU SENDIRI (7-10 peserta per kenderaan).  untuk 5-6 orang per kenderaan, akan gunakan MPV (sekelas dengan TOYOTA ESTIMA). 

KERETA : model sekelas dengan NISSAN TILDA akan digunakan untuk 2-4 orang per kenderaan dalam trip ini. 



PERJALANAN SELAMAT & FLEKSIBEL : Konsep perjalanan ialah "Checkpoint Based" iaitu peserta akan diberikan GPS dan buku Panduan Peserta. 

Setiap perjalanan kami akan berikan lokasi dan attractions menarik sepanjang perjalanan. Setiap kenderaan boleh bergerak mengikut masa dan singgah mana yang mereka minat. Yang penting tiba di checkpoint akhir pada masa yang di tetapkan. 

ANTARA LOKASI TERINDAH DI DUNIA. Kami design itinerari kami supaya perjalanan ini melalui antara tempat-tempat dan lokasi terindah di New Zealand ini, yang sesuai untuk semua golongan dan keluarga. 

ZIARAH KOMUNITI TEMPATAN : Aktiviti ziarah masyarakat Muslim tempatan, terutama berbangsa Melayu yang bermastautin di NZ juga di adakan untuk merapatkan ukhwah antara Muslim dan bertukar tukar pengalaman.

SOLAT JEMAAH. Ada beberapa masa kita akan bersama solat jemaah dan lepas tu makan berjemaah. 

CANTIK MACAM POSKAD. MasyaALlah.. boleh berposing bermacam gaya dengan latarbelakang indah bak poskad.




MAIN SALJI & SKI. Kalau teringin nak main salji juga tapi tak berapa nak pandu dalam salji (jalan tak bersalji), kita pergi masa trip Ogos & Sept sahaja. 

BBQ NZ LAMB : Berpeluang bersama-sama bakar, makan secara berjemaah, LAMB NZ yang fresh, halal, sedap & juicy. Lamb ini ialah kambing bebiri umur 6 bulan dari beberapa spesies istimewa. Lamb ini di tempah khas oleh kami dengan sahabat2 kami di NZ dari baka terbaik di sini, untuk mendapatkan rasa terbaik dan sangat enak MasyaAllah.

AKTIVITI LUARAN DAN UNIK.
Pengalaman menaiki jetboat di sungai-sungai indah dan jernih. lebih menarik ialah kami akan bawa ke operator jetboat tempatan yang tak dikenali ramai tourist, yang memberikan servis lebih eksklusif dan harga lebih murah dari operator yang popular di kalangan pelancong luar. 

PENGINAPAN CABIN/MOTEL : peserta akan menginap di Cabin atau Motel yang selesa dan bersih serta di lengkapi dengan dapur sepanjang perjalanan ini.



CRUISE TERCANTIK DI DUNIA. Milford Sound Cruise antara aktiviti "wajib". Ia dinobatkan sebagai antara 10 Cruise tercantik di dunia. Subhanallah. 

QUEENSTOWN : antara bandar aktiviti & pelancong paling popular di New Zealand. Pelbagai aktivti dari bungy jumping, paragliding, jetboat, cruise dan pelbagai lagi ada di pekan kecil ini. 

LONELY WANAKA TREE : Terletak di pekan Wanaka, ia adalah antara imej yang paling popular di dunia dan cantik bak poskad, MasyaAllah. 
LAKE TEKAPO. Salah satu tasik indah yang kita akan dapat singgah, santai, amik gambar dan melihat keindahan nya. MasyaAllah.
LOKASI TERSOROK TERINDAH. InsyaAllah jika ada kesempatan, guide kami akan bawa ke lokasi terpencil dan bukan tempat tourist yang sangat indah dan tak berapa ada orang. 

SALMON NZ . InsyaAllah peserta berpeluang makan ikan salmon NZ yang segar dan di ternak di air pergunungan Mt Cook yag sejuk dan jernih. 

LOKASI PENGGAMBARAN FILEM. Kita juga akan bawa peserta ke beberapa lokasi penggambaran filem yang epik seperti Lord of The Rings dan Narnia. insyaAllah. 

DUNEDIN RAILWAY STATION : ni seakan-akan tren station Ipoh, sebab di bina pada era yang sama , dan mungkin "blueprint" nya pun seakan sama, wallahu alam. 

MT COOK . Main salji atas gunung naik helikopter. InsyaAllah kalau nak dan ada bajetnya, kami boleh bantu arrangekan. 

BUNGA LUPIN. Lautan bunga lupin ini (dia macam Lavender) insyaAllah menanti anda pada bulan Disember. Dia kembang pada bulan Disember sahaja, setahun sekali. Puas la amik gambar sampai habis bateri.. atau habis memori. 

KAMBING : Aktiviti bersama kambing NZ juga ada. Sheep shearing, ilmu pasal sistem pembelaan kambing dan industri penternakan di NZ ini. 

WANAKA PUZZLING WORLD. Ni salah satu lokasi yang popular di dunia, yang berada di NZ. 

DAFTAR TRIP 

1. KLIK DI LINK WHATSAPP di bawah,

whatsapp http://www.wasap.my/+60138085868/nzkereta (Sdr Muaz)
whatsapp http://www.wasap.my/+60176865868/nzkereta (Pn Fieza)

berikan maklumat anda (Nama Penuh, Tarikh Berminat, Berapa Orang nak join)


2. Buat bayaran booking online RM500 seorang.

3. Bayaran baki penuh, 3 bulan sebelum trip bermula beserta salinan Passport. 

4. Kami berikan online taklimat dan persediaan 4-5 minggu sebelum trip.

5. Jumpa di airport CHC New Zealand pada 9am hari pertama trip, untuk bermula pengalaman. insyaAllah


NOTA

Harga, tarikh, itinerari dan tiket penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan.

Popular Posts