NEW ZEALAND MOTORHOME


TRIPKEKAWAN memperkenalkan konsep MOTORHOME DI NEW ZEALAND, konsep PANDU SENDIRI sejak tahun 2010. Alhamdulillah, konsep meneroka bumi indah NEW ZEALAND ini, sambil memandu rumah bergerak ini mendapat tempat di jiwa ramai peserta kami. 

Perjalanan santai, selamat, menarik dan pergi ke lokasi terbaik dengan bajet yang agak menarik, serta sesuai untuk keluarga, muda dan tak berapa muda. 

Setiap trip akan bersama Pengurus Trip & Guide TRIPKEKAWAN yang akan membantu uruskan perjalanan dan kelana ini insyaAllah. 

TARIKH
27 JUL - 1 AUG 2020 (awal musim bunga, suhu 5-10c)
30 NOV - 5 DIS 2020 (hujung musim bunga, suhu 8-15c)
14 DIS - 19 DIS 2020 (awal musim panas, suhu 10-20c)

22 MAC - 27 MAC 2021 (awal musim bunga)
19 JUL - 24 JUL 2021 (hujung musim sejuk)
29 NOV - 4 DIS 2021 (awal musim panas)

ITINERARI (6H5M)
HARI 1 : bermula di CHRISTCHURCH AIRPORT (CHC) 9am. ke Lake Tekapo, Lake Pukaki dan Twizel

HARI 2 : ke Omarama, Wanaka dan Queenstown

HARI 3 : Queenstown

HARI 4 : ke Milford Sound dan Dunedin

HARI 5 : ke Oamaru dan Timaru


HARI 6 : ke CHC kembali. Trip tamat pada 4pm. 


HARGA 








MOTORHOME 4 DEWASA. Sesuai untuk 3-4 orang dewasa. Lengkap dengan dapur kecil, peti ais, microwave oven, sinki, katil utk 3-4 orang (convert dari kerusi) , pinggan mangkuk, bantal, selimut, tuala, periuk memasak asas.

MOTORHOME 6 DEWASA. Sesuai untuk 5-6 orang dewasa. Lengkap dengan sinki, dapur, kerusi makan, katil (convert dari kerusi) untuk 6 dewasa, peti ais, microwave oven, tandas & shower, pinggan mangkuk & periuk, selimut tebal & bantal. 


HARGA TERMASUK
  • Sewa Motorhome 
  • upgrade ke insurans premium (full coverage)
  • upgrade ke zero excess insurance (zero liabiliti)
  • complimentary upgrade ke auto transmission 
  • campsite fee untuk 5 malam
  • Guide muslim dalam trip
  • Sewaan GPS dan Walkie Talkie
  • Taklimat Peserta dan Perjalanan 2-3 bulan sebelum trip bermula


KOS SENDIRI
(sebelum dan semasa trip)
  • Tiket penerbangan. (mula dan habis trip di Christchurch CHC, kos dlm RM3000-4000/org untuk return tiket)
  • Refundable security deposit (kad kredit, NZD250 semasa ambil kenderaan)
  • Kos perjalanan; minyak kenderaan & parking (dalam NZD600 per kenderaan)
  • Diesel Recovery Tax (untuk kenderaan diesel shj, dlm NZD180 per kenderaan)
  • Makan minum (boleh masak dalam motorhome dan di campsite dapur. Banyak bahan makanan dan sayuran segar, ayam halal di jual di NZ)


TIKET PENERBANGAN
Peserta yang dah daftar trip, kami akan guide dan di berikan panduan untuk beli sendiri online, atau boleh beli dengan mana-mana travel ejen, atau kami boleh tolong belikan tiket. 

Harga tiket tertakluk kepada harga semasa dan syarikat penerbangan. Untuk penerbangan trip ini, ialah tiket pergi dan balik dari CHRISTCHURCH AIRPORT (CHC). Kos tiket seorang dalam RM3000-4000 seorang (tiket pergi balik termasuk bagasi). Biasanya boleh beli seawal 8-6 bulan sebelum tarikh trip bermula.





MAKAN MINUM 
Konsep masak sendiri dan/atau makan di kedai halal. Kos makan minum adalah kos peserta sendiri. Kami akan guide barang yang perlu di bawa, barang yang tak boleh di bawa dan barangan yang boleh di beli dalam trip untuk memasak sendiri. 

Semua lokasi sepanjang perjalanan, ada tempat masak di penginapan dan campsite. Semasa trip, team kami dan guide akan juga berikan senarai kedai dan restoran halal sepanjang perjalanan. Ada masa juga kita akan masak dan makan secara berjemaah untuk merapatkan ukhuwah antara peserta. 





KURSUS PEMANDUAN
2-3 bulan sebelum trip, peserta akan hadiri Taklimat & Kursus Trip ini. Cara pemanduan, undang-undang, tips pemanduan selamat, persediaan untuk memandu sendiri, budaya pemanduan akan di berikan kepada peserta dalam Taklimat Trip. 



TAKLIMAT & KURSUS TRIP
Seperti jemaah umrah dan haji yang wajib hadir ke Kursus Umrah/Haji sebelum penerbangan, peserta trip kami juga perlu hadir ke Taklimat Persediaan Trip untuk setiap peserta untuk membantu persediaan yang lebih baik dari segi ilmu, do & dont's, cara memandu, persediaan dokumen dan lain-lain urusan. 


DAFTAR TRIP
  1. KLIK SINI untuk daftar online (akan ke website lain untuk daftar online)
  2. Bayaran booking RM200/orang (online)
  3. Beli tiket penerbangan ; atau kami boleh bantu belikan.
  4. Buat bayaran baki 3 bulan sebelum trip bermula dan hadiri TAKLIMAT PERSEDIAAN peserta trip. 
  5. Terbang ke NZ dan berjumpa team kami di Airport CHC seperti yang di tetapkan.


NOTA
  • Harga, tarikh dan itinerari tertakluk kepada perubahan
  • Peserta kongsi per motorhome hendaklah tiada isu aurat (mahram)
  • Jika Daftar SOLO, kami akan bantu grupkan dengan peserta solo lain. Harga akan tertakluk kepada jumlah peserta solo dalam kenderaan tersebut, 3 bulan sebelum trip bermula. 

SOALAN LANJUT?

JET BOAT. Pengalaman menaiki jetboat di sungai-sungai indah dan jernih. lebih menarik ialah kami akan bawa ke operator jetboat tempatan yang tak dikenali ramai tourist, yang memberikan servis lebih eksklusif dan harga lebih murah dari operator yang popular di kalangan pelancong luar. 

UKHUWWAH PESERTA. Semua peserta di galakkan berukhuwah, masak dan makan juga berjemaah. Juga bersama solat jemaah dan bantu membantu.

ANTARA LOKASI TERINDAH DI DUNIA. Kami design itinerari kami supaya perjalanan ini melalui antara tempat-tempat dan lokasi terindah di New Zealand ini, yang sesuai untuk semua golongan dan keluarga. 

BUNGA LUPIN : bunga ni muncul dalam 3-4 minggu sahaja pada bulan Disember. Peserta boleh bergambar puas-puas jika join trip Disember. (Lupin ni ada pada trip Disember sahaja)

SANTAI : Trip dan perjalanan kami design supaya ia santai, fleksibel dan dapat optimumkan pengalaman sepanjang perjalanan di New Zealand ni. Boleh bersantai, sembang, makan makan dengan rakan dan ahli keluarga di tepi tasik indah insyaAllah. 

PERJALANAN SELAMAT & FLEKSIBEL : Konsep perjalanan ialah "Checkpoint Based" iaitu peserta akan diberikan GPS dan buku Panduan Peserta. Setiap perjalanan kami akan berikan lokasi dan attractions menarik sepanjang perjalanan. Setiap kenderaan boleh bergerak mengikut masa dan singgah mana yang mereka minat. Yang penting tiba di checkpoint akhir pada masa yang di tetapkan. 

BBQ NZ LAMB : Berpeluang bersama-sama bakar, makan secara berjemaah, LAMB NZ yang fresh, halal, sedap & juicy. Lamb ini ialah kambing bebiri umur 6 bulan dari beberapa spesies istimewa. Lamb ini di tempah khas oleh kami dengan sahabat2 kami di NZ dari baka terbaik di sini, untuk mendapatkan rasa terbaik dan sangat enak MasyaAllah.

RUMAH BERGERAK : Motorhome ni adalah rumah bergerak yang kita pandu sendiri. Ada dapur, kabinet dapur beserta periuk, mangkuk, pinggan, gelas. Juga ada katil, tempat makan, sinki, oven dan kabinet dapur. Juga ada meja makan, meja rehat, peti ais dan tandas serta shower mandi. Memang pengalaman yang unik dan amat mengujakan peserta. 

ZIARAH KOMUNITI TEMPATAN : Aktiviti ziarah masyarakat Muslim tempatan, terutama berbangsa Melayu yang bermastautin di NZ juga di adakan untuk merapatkan ukhwah antara Muslim dan bertukar tukar pengalaman.

SOLAT JEMAAH. Ada beberapa masa kita akan bersama solat jemaah dan lepas tu makan berjemaah. Gambar ni ialah solat EidilAdha pada trip bulan Ogos.

MAIN SALJI & SKI. Kalau teringin nak main salji juga tapi tak berapa nak pandu dalam salji (jalan tak bersalji), kita pergi masa trip Ogos & Sept sahaja. 

CANTIK MACAM POSKAD. MasyaALlah.. boleh berposing bermacam gaya dengan latarbelakang indah bak poskad. 

CRUISE TERCANTIK DI DUNIA. Peserta juga akan naik cruise di Milford Sound, di nobatkan sebagai antara 10 Cruise tercantik di dunia, merentasi fjord & bukit indah serta kekadang ada dolphin dan sealion. 

WANITA SOLO? Jika anda nak daftar solo, boleh. Nanti kami bantu grupkan anda dengan wanita solo lain dalam motorhome. Harga seorang akan ikut jumlah peserta yang dapat kami grupkan per motorhome wanita tersebut.

LOKASI RARE. Kita akan bawa peserta ke lokasi dan tempat yang indah, unik dan RARE yang bukan tourist place juga.

MEMANCING SALMON FRESH. Merasai pengalaman memancing ikan salmon fresh yang enak dan sedap sangat.. dan lepas tu boleh buat lauk. nak jadi goreng ke, bakar ke, asam pedas ke, kari ke.. ikut menu korang la kan.. haha.. best woo..

CRUISE FJORD TERCANTIK DI DUNIA. Kita akan merasai naik cruise di fjord (tasik sambung dengan lautan) yang amat indah bersama rakan dan keluarga. Cruise ni di katakan antara 10 tercantik di dunia, MasyaAllah. 

TRIP KELUARGA. Trip New Zealand ini amat sesuai untuk bawa keluarga berkelana dan melihat keindahan dan keagungan bumi Allah ini. InsyaAllah semua akan suka dan mendapat banyak manfaat dari kelana New Zealand ini bersama kami. 

RAPATKAN UKHUWAH : Boleh buat kawan baru, rapatkan ukhuwah antara rakan dan sedara mara.

LOKASI TERINDAH DAN LOKASI MOVIE. MasyaAllah.. anda juga akan dapat mengkagumi keindahan bumi Allah ini yang antara lokasi penggambaran filem-filem hebat bertaraf dunia seperti LOTR (Lord of The Ring) dan NARNIA.

SEJARAH PREHISTORIC : Moeraki Boulders di katakan batu-batu ini sejak zaman pre historic dan zaman purba lama yang boleh juga di jelajahi oleh peserta di Oamaru. 

BANDAR UNIVERSITI : Peserta juga akan ziarah bandar DUNEDIN, bandar universiti yang indah dan juga popular dengan kilang Cadbury serta team ragbi terkenal NZ iaitu ALL BLACK. Juga akan ziarah dan solat jemaah di Masjid Dunedin yang terletak dekat dengan University.

BELI CENDERAHATI : Kita juga ada 2-3 tempat peserta boleh singgah untuk beli cenderahati untuk diri sendiri dan rakan dan sedara mara la di pekan dan bandar-bandar cantik di dalam kelana ni. 

MASAK & MAKAN BERJEMAAH : main masak- masak ramai ramai ni pun aktiviti yang best sangat. 

SANTAI & SILATURAHIM : Ahli keluarga dan rakan-rakan insyaAllah dapat merapatkan lagi silaturrahim serta ukhuwah dan sifat bantu membantu. Perjalanan yang santai dan fleksibel juga membolehkan peserta "berpicnic" di banyak lokasi yang best-best dan cantik sangat. 

HELICOPTER RIDE KE PERGUNUNGAN : Kami boleh bantu arrangekan helicopter ride eksklusif dengan operator helicopter di New Zealand jika peserta nak naik ke pergunungan  indah di sini dan landing situ, serta main salji segar putih yang cantik dan gebu. Tengok gambar kat bawah juga.


MANDI TASIK INDAH. dan sejuk serta segar.. anda boleh buat dengan trip kami insyaAllah.



Popular Posts