Kembara bajet, trip, ekspedisi kekawan muslim ke tempat menarik & unik serta tak berapa selalu orang pergi. Sebahagian keuntungan trip untuk membantu meneruskan dana untuk program madrasah/dakwah/pendidikan/kemanusiaan di bawah DMK (Dana Madrasah Kemboja) dan PEKA (Pertubuhan Kembara Amal)
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
BALKAN 8 NEGARA
BALKAN 8 NEGARA. Bosnia Herzegovina, Montenegro, Albania, Macedonia, Bulgaria, Romania, Hungary, Croatia dalam 17hari 15 malam insyaallah.
Teroka Bosnia dan 7 negara Balkan lain, kebanyakannya mempunyai sejarah Islam sejak 500 tahun lalu.
TARIKH
3 DIS - 19 DIS 2020
29 JAN - 14 FEB 2021
27 NOV - 12 DIS 2021
ITINERARI (17H15M)
HARI 1 : Penerbangan Emirates 145am. Tiba SARAJEVO (SJJ) airport 445pm. ke SARAJEVO. Free & easy
HARI 2 : Sarajevo
HARI 3 : ke Mostar
HARI 4 : ke Kotor, Montenegro
HARI 5 : ke Elbasan Albania
HARI 6 : ke Ohrid dan Bitola, Macedonia
HARI 7 : ke Sofia, Bulgaria
HARI 8 : ke Fagaras Mountain, Romania
HARI 9 : Fagaras Mountain
HARI 10 : ke Budapest, Hungary
HARI 11 : Budapest
HARI 12 : ke Zagreb, Croatia
HARI 13 : ke Plitvice, Crotia dan Bihac Bosnia
HARI 14 : ke Jajce
HARI 15 : ke Travnik dan Sarajevo
HARI 16 : ke airport SJJ Sarajevo, untuk penerbangan balik pada 525pm, ke KLIA
HARI 17 : jangka tiba KLIA pada 950pm
video perjalanan TRIP ini
HARGA dariRM5200 seorang (ground Pandu Sendiri) dariRM5990seorang (ground + Pemandu) dariRM9950 seorang (ground + pemandu + tiket flight) HARGA TERMASUK Penginapan (Guesthouse, homestay, apartment, hotel) Kenderaan (kereta/mpv/van) Guide Muslim Melayu tripkekawan dalam trip Pemandu Muslim Tripkekawan (untuk yang ambil opsyen ini) Tiket penerbangan (untuk yang ambil opsyen ini) Kos Perjalanan Kenderaan (minyak, tol, parking, feri) untuk Trip DENGAN PEMANDU sahaja. Taklimat persediaan 3-4 minggu sebelum trip KOS SENDIRI SEMASA TRIP Tiket Penerbangan (jika beli tiket sendiri) Makan Minum (Guide akan bawa ke kedai halal, atau boleh memasak di penginapan) Kos perjalanan (minyak kenderaan, tol, parking) untuk PANDU SENDIRI Fee masuk /aktiviti dan Kos persendirian lain. DAFTAR TRIP 1. KLIK DI LINK WHATSAPP di bawah, whatsapphttp://www.wasap.my/+60138085868/eropah5n (Sdr Muaz) whatsapphttp://www.wasap.my/+60176865868/eropah5n (Pn Fieza) berikan maklumat anda (Nama Penuh, Tarikh Berminat, Berapa Orang nak join) 2. Buat bayaran booking online RM1000 seorang. 3. Bayaran baki penuh, 3 bulan sebelum trip bermula beserta salinan Passport. 4. Kami berikan online taklimat dan persediaan sebelum trip. 5. Jumpa di KLIA dan penerbangan bersama ke PARIS CDG airport untuk bermula pengalaman. insyaAllah
NOTA Harga, tarikh, itinerari dan tiket penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan.
ZIARAH & AMBIL IBRAH WAQAF KOMERSIL : Peserta akan di dedahkan dengan kehebatan sistem Waqaf Komersil & Waqaf Sosial dari zaman Islam Uthmaniyah yang masih wujud sehingga hari ini. Sistem hebat beroperasi lebih 500 tahun ini terbukti memberikan kegemilangan kepada ummah. Gambar : di Masjid Gazi Huzrev Beg, di bina oleh "founder" Sarajevo moden lebih 500 tahun lalu dan kompleks madrasah serta lain-lain tempat.
KAMBING GOLEK BOSNIA FRESH & SEDAP : Kami akan bawa peserta ke kedai Kambing Golek terbaik Bosnia di beberapa lokasi. Kambing fresh, sedap, lazat dan memang tak boleh di lupakan. Kalau ada yang tak makan kambing, jangan risau, ada juga menu ayam, ikan.
PROGRAM ZIARAH. Kita akan bersama ziarah beberapa masjid dan madrasah serta komuniti Muslim dalam trip ini. Masjid dalam gambar ini terletak di wilayah Travnik dan hasil usahasama dengan Tripkekawan sejak beberapa tahun lalu. Alhamdulillah.
TAMAN INDAH. Bosnia dan Croatia mempunyai banyak taman-taman yang indah dengan air sungai jernih mengalir MasyaAllah. Kami akan bawa bersama peserta menikmati keindahan alam Allah ini.
KENDERAAN SELESA & KUMPULAN KECIL. Kelana di bumi Bosnia menggunakan van 8 seater yang selesa. Kumpulan kecil (12-18 peserta per trip) juga membantu supaya trip ini fleksibel dan santai insyaAllah. Kita juga ada kenderaan lebih kecil seperti kereta dan mini-mpv untuk kumpulan kecil 3-4 orang per kenderaan. Untuk kenderaan kecil, terdapat pilihan kenderaan Manual atau Auto transmission, manakala untuk Van, hanya Manual yang ada.
SOLAT DI UTAMAKAN. Penekanan terhadap solat pada waktunya amat di titikberatkan insyaAllah. Malah, semasa trip, kami akan tekankan teknik dan tips solat musafir, solat waktu sejuk dan solat praktikal untuk permusafiran.
LOKASI RARE & LUAR BANDAR : Kami juga akan bawa peserta ke lokasi yang tak berapa orang lain pergi (bukan tempat tourist) dan menarik dari segi pemandangan, sejarah dan lokasi nya. insyaAllah
LOKASI WAJIB : Mostar Bridge (Stari Most) ni kira lokasi wajib la kalau datang ke Bosnia kan.. so insyaAllah kita pergi cover juga. guide kami akan share info, sejarah dan ilmu pengajaran yg kita dapat belajar dr setiap lokasi juga insyaAllah.
MERASAI SENDIRI MANFAAT WAQAF : Peserta merasai sendiri air sejuk yang segar pergunungan mengalir sejak 500 tahun dulu, hasil sistem waqaf . Kami akan bawa anda bersama menjelajah dan merasai sendiri kehebatan sistem Waqaf yang diperkemaskan semasa zaman Uthmaniyah dulu yang masih wujud hingga sekarang.
GUIDE & PEMANDU ORANG MALAYSIA. Guide & Pemandu berpengalaman dari kalangan orang Malaysia, cakap Melayu dan makan nasi putih... amat membantu memudahkan perjalanan anda kerana guide & pemandu kami faham sangat keunikan budaya oang Malaysia yang tak semua bangsa faham kan... dari selalu nak berhenti ambil gambar, nak berhenti ke tandas, nak sembang dan nak cari tempat makan halal, sedap dan kena tekak orang Malaysia.
MERASAI PELBAGAI MAKANAN TEMPATAN. Kami akan bawa juga ke kedai halal menu tempatan. Ada macam-macam. Kami akan suggest juga menu yang sesuai dengan tekak orang Melayu Malaysia ni kan.. Bismillah.. sedappp
BUAH-BUAHAN SEGAR. MasyaAllah, tengok pun dah best. Kita akan berhenti di kawasan jual buah tempatan segar dan enak insyaAllah.
BOLEH TIDUR SINI? maaf.. rumah kecik tu bukan tempat tidur, tapi tempat kisar jagung dan gandum, untuk jadi tepung ye.. haha. Juga tak lupa lokasi-lokasi menarik dalam gambar ni.
MONTENEGRO. Negara di tepi Laut Adriatik dan teluknya yang indah seakan Monaco di selatan Perancis dengan ratusan kapal layar berlabuh. Kita akan bawa peserta bersama ke beberapa bandar cantik, bandar lama yang wujud lebih 2000 tahun sejak zaman empayar Rome, kerajaan Islam dan di bawah Yugoslavia.
ALBANIA. Negara bekas komunis Yugoslavia yang mempunyai sejarah yang cukup kaya, dengan penduduk majoriti Muslim. Ia juga mempunyai sejarah lebih 2000 tahun sejak kerajaan Rome. InsyaAllah peserta di bawa ziarah Muslim tempatan, solat jemaah di masjid lama di ceruk kampung yang berusia antara 250-450 tahun sejak zaman Islam Uthmaniyah.
MACEDONIA . Sebuah negara kecil yang juga pernah maju semasa di bawah pemerintahan Islam Uhtmaniyah. Kami akan bawa naik "cruise" sekitar bandar lama Ohrid, dan menyelusuri kehebatan senibina Islam di Bitola, antaranya Masjid yang berusia lebih 450 tahun yang tidak memerlukan pembesar suara , suhu terkawal sendiri tanpa perlu alatan dengan teknologi geometrik architechture nya. MasyaAllah.
"MOSQUE TOUR" EKSKLUSIF. Bersama Imam Besar di Masjid Bitola, Macedonia selepas di beri taklimat berkenaan sejarah dan kehebatan pembinaan Masjid lama ini yang dah berumur lebih 450 tahun. Ia masih tidak perlu gunakan pembesar suara dan azan boleh di dengari di hampir seluruh bandar tanpa perlu alatan tambahan dan renga elektrik. Subhanallah